Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita warga S’pura berusia 83 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19; belum divaksinasi

Jul 25, 2021 | 07:12 AM



Seorang wanita Singapura berusia 83 tahun yang tidak divaksinasi telah meninggal dunia akibat komplikasi  jangkitan Covid-19 pada  Sabtu (24 Julai).

Beliau tinggal di Bukit Merah View, dan dikaitkan dengan kelompok Blok 121 Bukit Merah View, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Wanita itu mengalami gejala pada 16 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan sehingga  dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 18 Jun.



Beliau mempunyai sejarah darah tinggi dan hiperlipidemia  (kolesterol tinggi).

Seramai 37 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi  jangkitan Covid-19 di sini.

Dua kelompok baru juga dilaporkan oleh MOH pada  Sabtu.

Salah satu kumpulan aktif adalah di Samy’s Curry Restaurant, dengan jumlah lapan kes yang berkaitan dengannya.



Kelompok baru  lain dikaitkan  dengan kes individu, dan kelompok itu mempunyai empat kes.

Pada masa ini terdapat 26 kelompok aktif, setiap satu dengan antara tiga hingga 741 jangkitan.

Sementara itu, terdapat bukti berterusan bahawa vaksinasi membantu mencegah penyakit serius jika dijangkiti Covid-19.

Selama 28 hari lalu, 11 kes tempatan memerlukan bantuan oksigen, dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) atau meninggal dunia.

Daripada jumlah itu, enam tidak divaksinasi, lima diberi satu dos vaksin  dan tidak ada yang divaksin sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >