Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang dera teman kurang cerdas dijel 3 tahun

Dia orang keempat yang telah dijatuhi hukuman berkaitan kes penderaan itu
Feb 02, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang menyertai anggota keluarganya dalam mendera rakan yang kurang daya intelek sehingga beliau hampir meninggal dunia, telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun semalam dan diperintah membayar $1,000 pampasan kepada mangsa.



Hasniza Ismail, 40 tahun, melakukan perbuatan seperti mengikat mangsa ke plat logam yang dipasang di dinding dan memukulnya dengan kayu besbol.



Warga Singapura itu merupakan orang keempat berkaitan kes penderaan wanita itu yang telah dijatuhi hukuman.



Tahun lalu, iparnya dari Mesir, Hany Aboubakr Abdelkarim Abdelfattah, 33 tahun, dihukum penjara tiga minggu setelah mengaku bersalah menyerang mangsa yang kini berusia 30 tahun itu.



Pada 7 Januari lalu, adik Hasniza, Muhammad Iskandar Ismail, 32 tahun, dipenjara selama dua bulan dan empat minggu sementara seorang lagi adik, Muhammad Iski Ismail, 30 tahun, dihukum penjara lapan bulan.



Hasniza juga sebelum ini telah mengaku bersalah terhadap tuduhan bagi pengurungan salah, menyebabkan kecederaan secara sukarela dan menghalang proses keadilan.



Seorang lagi adiknya, Haslinda Ismail, 34 tahun, pada 7 Januari lalu juga mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dan satu tuduhan memintal jari kaki mangsa menggunakan playar sehingga ia patah.



Haslinda dijangka dijatuhi hukuman esok . Ibu mereka, Hasmah Sulong, 70 tahun, juga dituduh mengambil bahagian dalam perbuatan menyeksa itu dan kesnya masih belum selesai.



Mangsa, yang kini berusia 30 tahun, merupakan rakan sekolah menengah adik Hasniza, Encik Muhammad Isafi Ismail, dan bekerja di restoran makanan segera.



Beliau mengenali ahli keluarganya yang lain dan menjadi rapat dengan mereka.



Setelah lari rumah pada awal 2016, wanita itu berpindah ke flat mereka di Blok 714 Woodlands Drive 70, di mana beliau tidak perlu membayar sewa.



Namun, beliau perlu membeli makanannya sendiri dan memberi Hasmah $150 sebulan untuk mencuci pakaian.



Antara Mei dengan Jun 2016, Haslinda bersemuka dengan mangsa kerana melakukan perbuatan seksual terhadap suaminya. Dari situ, beberapa anggota keluarga itu mendera mangsa berulang kali.



Disebabkan perbuatan mendera berulang kali, keadaan wanita itu menjadi teruk sehingga Hasniza menghubungi ambulans pada 16 Januari, 2018. Mangsa dibawa ke hospital dalam "keadaan hampir maut".



Mahkamah mendengar bahawa Hasniza membuang rantai logam - yang digunakan untuk mengikat mangsa - sebelum polis dapat merampasnya. Plat logam itu dikeluarkan dan dindingnya ditampal.



Hasniza juga memberitahu Iski untuk menipu kepada polis tentang perbuatan penderaan itu.



Dia akhirnya mengaku kesalahannya pada 27 Januari 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >