Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang dikejarkan ke hospital semasa kes dera pembantu rumah di mahkamah dipenjara

Dec 24, 2018 | 03:00 PM



SEMASA peguamnya sedang berusaha untuk memastikan beliau hanya dikenakan saman dan tidak dipenjara berkaitan kes dera yang mengakibatkan parut kekal pada badan pembantu rumahnya, Anita Damu berasa mabuk dan terpaksa dikejarkan ke hospital. 



Hari ini (24 Disember), dua bulan selepas kejadian tersebut, dia kembali ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun tujuh bulan. 



Wanita berusia 51 tahun itu mengaku bersalah terhadap lima tuduhan dera pembantu rumah berkenaan kes yang didengarkan di mahkamah pada 22 September. 



Anita meminta untuk kekal duduk sepanjang sesi mahkamah tersebut, dan hanya berdiri apabila hukuman dibacakan oleh Hakim Daerah Terence Tay. 



Dia juga diminta membayar pembantu rumah tersebut wang pampasan bernilai $8,000, tambahan kepada $4,000 yang sudah pun diberikan kerana tidak membayar gaji. 



Mahkamah diberitahu bahawa selepas Cik Siti Khodijah diambil bekerja oleh keluarga Anita pada Oktober 2013, warga Indonesia 29 tahun itu dipaksa bekerja dari 4 pagi hingga 11 malam setiap hari tanpa hari rehat. 



Anita, yang juga dikenali sebagai Shazana Abdullah, turut mengawal makanan Cik Khodijah dan selepas Januari 2014, Anita hanya memberikan makanan tengah hari dan malam dua atau tiga kali seminggu kepadanya. 



Cik Khodijah turut didera secara fizikal, dan akan disepak jika melakukan sebarang kesilapan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >