Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang dirakam berpaut pada kereta bergerak di Prinsep Street diberkas

Mar 12, 2022 | 06:41 PM



SEORANG wanita 36 tahun ditangkap pada malam Isnin (7 Mac) kerana bertindak terburu-buru dan dalam keadaan membahayakan nyawanya.



Satu keratan video kamera papan pemuka seorang pemandu menunjukkan seorang individu berpaut pada kereta yang bergerak berhampiran Prinsep Street.



Polis berkata mereka diberitahu tentang kejadian itu yang berlaku pada hari yang sama sekitar 11.15 malam dan menambah bahawa lelaki 47 tahun sedang membantu dalam siasatan.



Video dari kamera papan pemuka yang dimuatnaikkan ke media sosial pada Isnin menunjukkan seorang wanita yang menggunakan baju putih mengejar kereta hitam yang membelok keluar dari Prinsep Street, yang berhampiran Dhoby Ghaut.



Sedang wanita itu berlari bersebelahan kereta itu, dia berpaut pada bahagian kereta berhampiran tempat duduk pemandu.



Wanita itu kemudian diheret sepanjang perjalanan kereta itu yang membuat selekoh untuk memasuki lorong kedua Middle Road.



Kereta itu kemudian kelihatan memperlahankan pergerakannya selepas membelok ke lorong kedua itu.



Video yang dirakam terhenti sedang kereta itu berhenti di bahagian kiri jalan berkenaan.



Encik Seow Zhi Yee, 25 tahun, yang merakam kejadian itu dengan menggunakan kamera papan muka keretanya berkata, beliau sedang memandu untuk pulang ke rumahnya di Sunshine Plaza di Bencoolen Street pada 11.10 malam apabila ternampak kejadian itu.



Rumahnya itu kurang 200 meter daripada tempat kejadian.



"Saya sedang fokus memandu, jadi tak perasan sehingga wanita itu mula berlari beberapa langkah dan berpaut pada kereta itu," katanya.



Encik Seow yang bertugas di dalam industri makanan dan minuman menambah beliau sedang bergegas pulang. Justeru itu, beliau tidak berhenti untuk menyiasat lebih lanjut.



Namun apabila beliau keluar semula dari rumahnya untuk membawa anjingnya bersiar-siar sekitar 11.35 malam, beliau terlihat kereta hitam itu di Middle Road bersama dua kenderaan polis.



"Saya tak sangka mereka masih di situ," jelasnya.



Menurutnya, wanita itu duduk di tepi jalan manakala seorang pegawai polis berbual dengannya. Beberapa pegawai lain juga berbual dengan pemandu kereta hitam itu.



Tidak lama selepas itu, ambulans tiba dan Encik Seow pun meninggalkan tempat itu.



"Ia bukanlah sesuatu yang anda lihat setiap hari tetapi memandangkan di kawasan ini hingar-bingar pada waktu malam, mungkin ada perkara yang anda tidak jangka. Ia menjadi sangat sibuk pada waktu malam," tambahnya.



Sesiapa yang didapati bersalah kerana bertindak terburu-buru dan membahayakan nyawa boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda $2,500 atau kededuanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >