Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Wanita yang enggan guna pelitup di MBS hanya pakai pelitup di pintu masuk mahkamah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita yang enggan guna pelitup di MBS hanya pakai pelitup di pintu masuk mahkamah

May 24, 2021 | 09:12 PM

WANITA yang dilihat dalam klip video tular enggan menggunakan pelitup ketika di Marina Bay Sands (MBS) tampil di bangunan Mahkamah Negara pada tengah hari Isnin (24 Mei) tanpa menggunakan pelitup.

Phoon Chiu Yoke, 53 tahun, yang menggunakan kaca mata hitam, hanya menggunakan pelitup apabila menghampiri pintu masuk mahkamah itu.

Beliau datang ke mahkamah seorang diri sekitar 1.15 petang selepas mendengar tuduhan terhadapnya dibaca, di atas kesalahan yang didakwa berlaku tahun lalu di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19.

Phoon berdepan dengan tuduhan enggan menggunakan pelitup bagi menutupi hidung dan mulutnya setiap masa di Pusat Makanan Newton antara 7.20 malam dengan 8 malam pada 8 Mei 2020.

Kesalahan itu berlaku sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 yang dikenakan antara 7 April dengan 1 Jun tahun lalu bagi mengekang penularan Covid-19.

Pada Isnin tengah hari, pihak pendakwa memohon agar perbicaraan itu ditangguh, menanti siasatan lanjut.

Phoon dikatakan cuba membuka pelitup sebelum berbicara di mahkamah tetapi Hakim Daerah A. Sangeetha mengarahkan agar dirinya menggunakan pelitup sepanjang perbicaraan.

Phoon juga mempersoal pihak pendakwa mengapa perihal ini ditangguh dan siapa yang akan membayar sebarang kos pentadbiran yang timbul kelak.

Bagaimanapun, dia tidak menolak permintaan pendakwa dengan menyatakan dia patuh dalam penuh kepercayaan.

Apabila pendakwa Imran Hamid menyarankan agar Phoon memberi butiran peribadinya untuk dihubungi kelak, dia enggan memberikan nombor telefonnya kerana ia "bukan maklumat awam". Menurutnya lagi, keterangan itu boleh dikirimkan ke alamat rumahnya.

Kes ini ditangguh bagi sidang praperbicaraan kedudukan pada 23 Jun.

Phoon menimbulkan kekecohan di media sosial awal bulan ini apabila videonya bertengkar dengan duta jarak selamat (SDA) di Marina Bay Sands tular.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3