Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita yang mencuri baucar runcit Bajet 2020 bernilai $10,800 dipenjara 48 minggu

Apr 29, 2021 | 10:18 PM

WANITA yang mencuri baucar runcit Bajet 2020 bernilai $10,800 bersama suaminya dihukum penjara 48 minggu.

Tanty Yohaida Samad, yang mengaku bersalah di atas 15 tuduhan mencuri termasuk $2,250 juga mempunyai 57 tuduhan lain melibatkan baki jumlah yang dipertimbangkan sewaktu menjatuhkan hukuman.

Wanita berusia 45 tahun yang dibebaskan dari penjara pada 2019 di atas kesalahan yang tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah meletakkan sasaran pada jiran-jirannya sewaktu beliau masih dalam perintah remisi.

Kini, beliau perlu menghabiskan tambahan 121 hari di balik penjara kerana gagal melepaskan dirinya daripada menimbulkan masalah antara 7 Jun 2019 dengan 2 Februari tahun ini.

Kes melibatkan suaminya yang berusia 42 tahun, Zulkeflei Mohamed Yatim masih belum selesai.

Skim baucar runcit Bajet 2020 itu diperkenalkan tahun lalu bagi membantu warga Singapura kurang berkemampuan meringankan belanja keperluan rumah di tengah-tengah wabak Covid-19.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Phoebe Tan berkata disebabkan kesalahan itu, 72 mangsa termasuk warga emas tidak berpeluang menggunakan baucar tersebut. Pasangan itu tidak mengembalikan sebarang baucar.

Mahkamah diberitahu mereka menggunakan baucar iu bagi mendapatkan barangan seperti beberapa telefon bimbit yang mereka jual bagi mendapatkan wang tunai.

Tanty adalah dalang jenayah ini dan dia berbincang dengan suaminya yang bersetuju ikut serta terlibat dalam kesalahan ini.

Dalam beberapa peristiwa pada Oktober lalu, pasangan yang menetap di Marsiling telah ke peti surat pada dinihari untuk mencari peti yang tidak ditutup rapi.

Mereka kemudian menggunakan penyangkut baju untuk memancing sampul surat mengandungi baucar runcit Bajet 2020 itu. Setiap sampul mengandungi 15 baucar bernilai $10.

DPP Tan berkata dalam beberapa situasi lain, Zulkeflei menggunakan playar bagi memecah masuk peti surat bagi mendapatkan baucar berkenaan.

Kesalahan mereka diketahui polis yang menerima laporan daripada sekurang-kurangnya 19 orang mengenai baucar yang hilang.

Pada Khamis, DPP Tan memberitahu mahkamah bahawa kesalahan pasangan ini sukar dikesan kerana tiada nama yang tertera pada baucar itu. Mereka sebaliknya membuat catatan nombor serial pada baucar berkenaan.

"Bagi mengesan yang tertuduh, polis perlu menjalankan pemeriksaan meluas bagi mencari ke mana perginya baucar yang telah digunakan dan menyemaknya menerusi rakaman televisyen litar tertutup bagi memastikan siapa menggunakannya," jelas DPP Tan.

Bagi setiap kiraan kecurian, si pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3