Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang ngaku 'berdaulat' hadapi satu lagi tuduhan

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



WANITA yang mengaku dirinya "berdaulat" ketika diberitahu untuk memakai pelitup di tempat awam di tengah-tengah wabak koronavirus akan menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Piagam Wanita.



Pramjeet Kaur, 41 tahun, kini menghadapi enam tuduhan, empat di antaranya kerana melanggar peraturan Covid-19.



Dua lagi tuduhan adalah kerana membuat gangguan di tempat awam serta gagal melaporkan pertukaran alamat rumahnya.



Kesnya didengar sekali lagi pagi semalam tetapi dia tidak hadir di mahkamah kerana kehadirannya ditolak.



Peguam bela Mohamed Arshad memberitahu Hakim Daerah Adam Nakhoda bahawa kliennya mungkin menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Piagam Wanita, menurut laporan The Straits Times (ST).



Ia tidak jelas tujuan tuduhan tersebut.



Hakim kemudian telah menangguhkan kesnya semalam dan mengemukakannya ke mahkamah masyarakat.



Mei tahun lalu, satu video yang tular merakamkan Kaur berada di tempat awam - Shunfu Mart berdekatan Upper Thomson Road - tanpa menggunakan pelitup yang diwajibkan bagi mengekang penularan Covid-19.



"Saya tidak ada sebarang hubungan dengan polis, yang bermaksud saya tidak mempunyai kontrak dengan polis. Mereka tidak ada sebarang hak ke atas saya," katanya dalam video itu.



Seorang lelaki, yang berada di luar layar, kedengaran menjawab: "Ini tidak masuk akal. Sekiranya anda berada di Singapura, anda harus mengikut peraturan Singapura."



Kaur kini dibebaskan dengan jaminan $10,000, dan kesnya akan didengar lagi pada 22 Februari.



Sekiranya tidak memakai pelitup dengan menutup hidung dan mulut, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga satu tahun dan denda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >