Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang salah guna wang syarikat lebih $220,000 diberkas

Jun 09, 2020 | 12:15 PM



SEORANG wanita berusia 52 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes pecah amanah oleh pekerja.



Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai pengurus kewangan di sebuah syarikat yang berurusan dengan produk keselamatan perindustrian.


Antara Mei 2017 dengan April 2020, wanita itu dikatakan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah lebih $220,000.


Wang itu dipercayai merupakan bayaran yang dibuat oleh klien syarikat itu.

Menerusi siasatan yang dijalankan, Divisyen Polis Clementi mengenal pasti wanita itu dan memberkasnya semalam.


Wanita itu akan didakwa di mahkamah hari ini bagi kesalahan pecah amanah oleh pekerja, dan jika didapati bersalah akan menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >