Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang tidak pakai pelitup di MBS, tempat awam dipenjara 16 minggu

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang enggan memakai pelitup dalam beberapa kejadian di tempat awam, termasuk di resort bersepadu Marina Bay Sands (MBS), mengaku bersalah atas kesalahannya di mahkamah daerah semalam dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 minggu.



Phoon Chiu Yoke, 54 tahun, yang tampil menerusi pautan video, kali pertama didakwa tahun lalu setelah dia gagal memakai pelitup yang menutup hidung dan mulutnya di pusat penjaja Newton antara 7.20 dengan 8 malam pada 8 Mei tahun lalu, semasa tempoh pemutus litar Covid-19.



Dia meninggalkan Singapura untuk ke Britain tidak lama kemudian dan pulang ke Singapura pada 28 Jun tahun lalu.



Warga Singapura itu kemudian perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di MBS.



Tetapi dia telah meninggalkan bilik itu antara 8.07 malam dengan 8.23 malam pada 28 Jun.



Selepas itu, Phoon berkeliaran di sekitar beberapa kawasan di hotel tersebut dan pada ketika itu dengan tidak memakai pelitup.



Pada Mei tahun ini, dia dirakam dalam video tidak memakai pelitup di MBS.



Dia melakukan kesalahan sama di tempat lain, termasuk di luar bangunan Mahkamah Negara, antara 2 Disember tahun lalu dengan 24 Mei tahun ini.



Phoon diberi ikat jamin apabila didakwa enggan memakai pelitup di Hotel Mandarin Orchard pada 25 Jun.



Sebulan kemudian, Phoon dikenakan tuduhan terbarunya berkaitan kejadian tersebut dan ikat jaminnya $12,000 dibatalkan.



Dia kemudian direman.



Pesalah kali pertama yang melanggar undang-undang di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >