Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki warga emas yang didakwa serang pemandu bas

Dec 01, 2021 | 07:59 PM




WARAN tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang lelaki warga emas yang didakwa menyerang seorang pemandu bas bulan lalu selepas dia gagal hadir di mahkamah daerah pada Rabu (1 Dis).


Ahmad Robinson, 70 tahun, yang dijangka dikenakan dua lagi tuduhan bagi jenayah berkaitan dadah dan kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), gagal hadir di hadapan Hakim Daerah Terence Tay.


Semakan semula mengenai perkara melibatkan waran tangkapnya akan dilakukan pada Mac depan.


Ahmad dan Aziz Khan Sher Khan, 61 tahun, dikatakan gagal memakai pelitup dengan betul ketika menaiki perkhidmatan bas 2 sekitar 11 pagi pada 2 November.


Polis berkata dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa dua lelaki warga Singapura itu tidak berpuas hati apabila pemandu bas Encik Hew Kim Keong menegur mereka tentang pelitup mereka.


Pasangan itu kemudian dikatakan memukul Encik Hew, menyebabkan tulang hidungnya retak.


Polis menahan Ahmad dan Khan pada hari sama.


Pada 3 Nov, mereka masing-masing dikenakan satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk kepada Encik Hew secara sukarela.


Khan pada Rabu dikenakan dua lagi tuduhan - satu bagi tuduhan mencuri dan satu lagi bagi kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) kerana dikatakan gagal memakai pelitup dengan betul di dalam bas.


Dia juga kini dituduh mencuri beg duit Encik Hew, yang mengandungi barangan termasuk wang tunai $700.


Menurut dokumen mahkamah, Khan berada di bawah perintah peringanan apabila dia didakwa melakukan kesalahan itu.


Dia telah dibebaskan dari penjara tahun lalu selepas menjalani hukuman atas kesalahan yang tidak dinyatakan dan telah dikenakan perintah tersebut.


Sebagai sebahagian daripada perintah itu, dia sepatutnya mengelakkan masalah dari 5 Mei tahun lalu hingga 12 Januari tahun depan.


Dia dikatakan telah melanggar perintah itu selepas dia didakwa melakukan kesalahan-kesalahan terbarunya itu.


Khan dijangka mengaku bersalah pada 10 Disember.


Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah secara sukarela, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda atau disebat.


Ahmad dan Khan tidak boleh disebat kerana mereka berusia lebih 50 tahun.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >