Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Waran tangkap ke atas warga emas dituduh serang pemandu bas

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



SEORANG warga emas yang dituduh menyerang seorang pemandu bas bulan lalu dikenakan waran tangkapan selepas gagal hadir di hadapan Hakim Daerah Terence Tay di sebuah mahkamah daerah semalam.



Ahmad Robinson, 70 tahun, dijangka dikenakan dua lagi pertuduhan bagi jenayah berkaitan dadah dan kesalahan lain di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara)



Reviu mengenai waran tangkapan ke atasnya akan dilakukan pada Mac tahun depan.



Ahmad dan Aziz Khan Sher Khan, 61 tahun, gagal menggunakan pelitup muka dengan betul ketika menaiki bas perkhidmatan pada 2 November sekitar 11 pagi.



Polis berkata dalam kenyataan awal bahawa kededua warga Singapura itu tidak puas hati apabila pemandu bas, Encik Hew Kim Keong, mengetengahkan hal tersebut.



Mereka bergaduh hingga bertumbuk dan Encik Hew mengalami patah tulang hidung.



Ahmad dan Khan ditangkap pada hari itu.



Pada 3 November, mereka masing-masing didakwa dengan satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Encik Hew.



Semalam Khan dikenakan dua lagi pertuduhan - satu pertuduhan mencuri dan satu pertuduhan kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) kerana dikatakan tidak memakai pelitup dengan betul di dalam bas.



Selain serangan, dia kini dituduh juga mencuri dompet Encik Hew, yang mengandungi barangan termasuk wang tunai $700.



Khan dijangka mengaku bersalah atas tuduhannya pada 10 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >