Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waran tangkapan buat gadis yang dituduh tuang air mendidih pada lelaki berkeperluan khas

Jan 11, 2023 | 12:33 PM



SATU waran tangkapan telah diberikan kepada seorang remaja perempuan yang didakwa berkumpul dengan orang lain di dalam bilik hotel untuk menyerang seorang lelaki berkeperluan khas berusia 19 tahun.



Ia dikeluarkan pada Selasa (10 Januari) selepas gadis berusia 17 tahun itu, yang didakwa menuang air mendidih pada lelaki itu, gagal hadir ke mahkamah untuk persidangan pra-perbicaraannya.



Mangsa ditemui dalam keadaan kritikal selepas diseksa dari 17 hingga 25 Januari 2022.



Beliau kemudian dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad sekitar 10 hari



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan keadaannya kini.



Gadis itu, yang tidak boleh dinamakan memandangkan mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia, didakwa  atas kesalahan menggunakan dadah dan secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada lelaki itu dengan menggunakan bahan yang dipanaskan.



Gadis itu dan seorang rakannya Muhammad Shahfakhry Mohamad Faizal, 22 tahun, didakwa menuang air mendidih ke atas lelaki berusia 19 tahun itu sehingga melecur kulit kepala, muka dan belakangnya.



Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik Hotel Butik Arton di Tyrwhitt Road, berhampiran Lavender Street, sekitar 8 pagi pada 19 Januari 2022.



Dia juga dituduh mengambil methamphetamin pada atau sebelum 11 Ogos 2022.



Kes Shahfakhry masih belum selesai dengan dia dituduh melakukan pelbagai kesalahan melibatkan lelaki berkeperluan khas itu.



Sekurang-kurangnya tiga kali antara 17 hingga 25 Januari 2022, dia didakwa menggunakan pemetik api untuk membakar leher, belakang dan tangan lelaki itu.



Dalam tempoh yang sama, Shahfakhry juga dikatakan telah menumbuk, menampar dan menendang mangsa sekurang-kurangnya 14 kali.



Dia juga didakwa menggunakan barangan seperti pengaup sampah untuk memukul mangsa yang mengalami kecederaan termasuk patah tulang muka.



Pada 18 Januari 2022, dia didakwa mengelar tangan dan kaki lelaki itu dengan pisau cukur.



Shahfakhry dan gadis itu didakwa menuang air mendidih ke atas lelaki itu pada keesokan harinya.



Dia juga didakwa mencampurkan najisnya ke dalam Milo mangsa dan mencemarkan nasi lemaknya dengan bedak bayi dan minyak wangi pada hari itu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada mangsa memakan nasi lemak dan mengambil minuman itu.



Secara berasingan, Shahfakhry turut menghadapi tuduhan lain, termasuk penggunaan methamphetamin.



Dua lagi yang terlibat dalam penyeksaan lelaki itu telah dihadapkan di mahkamah sebelum ini.



Putri Nuramira Aishah Rosli, 20 tahun, dijatuhkan hukuman pada 14 September 2022.



Dia dihukum untuk menjalani sekurang-kurangnya setahun latihan pemulihan yang memerlukannya ditahan di pusat dengan rejimen ketat yang boleh termasuk latihan berbaris dan kaunseling.



Seorang lagi remaja perempuan turut dijatuhi hukuman menjalani sekurang-kurangnya setahun latihan pemulihan pada Julai 2022.



Dia tidak boleh dinamakan kerana dia baru berusia 16 tahun pada masa kesalahannya dilakukan.



Dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selene Yap berkata mangsa mempunyai IQ rendah.



Menurut dokumen mahkamah, Putri dan yang lain bertemu di bilik hotel itu untuk mengambil dadah pada 15 Januari 2022.



Mangsa mula tinggal di bilik itu sejak 17 Januari.



Shahfakhry didakwa menyerang lelaki itu tidak lama kemudian.



Dokumen mahkamah tidak menyebut sebarang sebab bagi dakwaan serangannya terhadap lelaki itu.



Kumpulan itu terus mendera lelaki itu dari 17 hingga 25 Januari,  di mana salah seorang gadis berkenaan mencadangkan untuk membuang air kecil ke dalam botol teh limau ais sebelum memberikannya kepada lelaki berkenaan.



Lelaki itu kemudian meminum minuman yang tercemar itu.



Mereka berhenti menyerangnya pada 25 Januari apabila melihat beliau berada dalam keadaan teruk.



Pada hari yang sama, pekerja sosial dan adik perempuan mangsa membuat laporan polis kerana beliau tidak pulang ke rumah.



Polis menemui mangsa di dalam bilik hotel itu dan kumpulan itu ditahan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >