Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga, agensi wisata S'pura giat manfaatkan visa pelancongan Saudi

Nov 18, 2019 | 05:30 AM



VISA pelancong yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi untuk menyemarakkan potensi pelancongan negara itu telah mendapat sambutan hangat bukan sahaja di kalangan pelancong tetapi juga daripada agensi pelancongan di Singapura, lebih-lebih lagi semasa musim cuti hujung tahun ini.



Melihat pada potensi untuk mengembangkan pakej pelancongannya selaras dengan 'pembukaan' Arab Saudi itu, agensi pelancongan setempat, Shahidah Travel and Tours, telah mengorak beberapa langkah untuk merebut peluang meluaskan perniagaannya.



Selain daripada menawarkan pakej pelancongan 'dua-dalam satu' - umrah dan wisata - Shahidah Travel juga telah melancarkan khidmat dalam talian sauditourismexpress.com untuk membolehkan pelancong memohon visa pelancong menerusi laman tersebut.



Ia juga akan bekerjasama dengan laman tempahan seperti Agoda dan firma rangkaian pengangkutan Timur Tengah, Careem, untuk memudahkan perjalanan pelancong.



Beberapa pelancong setempat yang ditinjau akhbar ini juga menyambut baik pengenalan visa pelancong itu kerana ia membolehkan mereka menyelam sambil minum air - mengunjungi Arab Saudi untuk umrah sambil berwisata.



Encik Abu Sofian Abdul Rahman dan keluarga merupakan antara pelancong serupa itu, bahkan mereka merancang untuk menunaikan umrah secara sendiri, atau DIY.



Walaupun tujuan utama mereka ialah untuk melaksanakan umrah, mereka tidak menolak kemungkinan mengunjungi beberapa tarikan pelancongan bersejarah di sana.



Mengongsi persiapan mereka ke Arab Saudi bulan depan itu, bapa tiga anak berusia 53 tahun itu berkata:



"Tempat penginapan kami semua kami tempah secara dalam talian menerusi laman seperti Booking.com. Tapi kami perlu buat persediaan rapi dan teratur kerana kami tidak bersama rombongan umrah dari agensi pelancongan," ujarnya.



Pelancong seperti Encik Abu Sofian merupakan antara ribuan yang akan ke Saudi untuk melancong semasa musim percutian ini.



Bahkan, sejak visa pelancong itu diperkenalkan pada 27 September lalu perangkaan pelancong asing itu amat menggalakkan.



Kementerian Ehwal Luar Saudi dalam satu maklumat ringkas menyatakan bahawa negara itu telah menerima lebih 77,000 pelancong antarabangsa, dengan jumlah pelancong China paling ramai.



Memberi perincian usahanya untuk memanfaatkan visa pelancong tersebut, Pengasas dan Pengarah Pengurusan Shahidah Travel, Encik Ayoob Yacoob Angullia, berkata laman khidmat sehenti yang diperkenalkannya itu membolehkan pelancong memilih sendiri penerbangan, tempat penginapan serta pakej wisata dan umrah ketika bercuti di Arab Saudi.



Encik Ayoob berkata khidmat itu dapat membantu mempermudahkan pelancong membuat tempahan mengikut keperluan individu.



Pelancong yang membuat tempahan menerusi laman tersebut juga akan diberi pilihan untuk mendapatkan perlindungan insurans kesihatan.



Fasa pertama laman tersebut akan mula beroperasi mulai minggu ini manakala syarikat itu juga dalam proses membangunkan aplikasi yang menawarkan khidmat serupa mulai tahun depan.



Lebih 77,000 lawat Saudi sejak visa pelancong diperkenal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >