Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga ambil peluang nikmati harga durian murah

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



HARGA durian yang sebelum ini diramalkan naik lebih tinggi berbanding tahun lalu kini nampaknya lebih murah daripada yang dijangkakan, disebabkan bekalan yang berlebihan dan persaingan sengit antara peniaga.



Beberapa peniaga durian yang ditemui Berita Harian semalam berkata harga durian diturunkan antara $2 dengan $5 sekilogram bagi jenis durian yang menjadi kegemaran ramai seperti Musang King dan Red Prawn demi menarik pelanggan ke kedai mereka.



Seorang pekerja di kedai Ah Hung Durian di Sims Avenue, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ah Soon, berkata harga durian telah dikurangkan kerana terdapat banyak bekalan.



"Ini yang membuat ramai peniaga durian mengurangkan harga mereka sekitar $2 hingga $5 sekilogram bagi durian terkenal seperti Musang King dan Red Prawn," kata beliau.



Kedainya menjual durian Musang King pada harga $22 sekilogram. Sementara itu, durian Red Prawn pula dijual pada harga $18 sekilogram.



Bulan lalu, media Malaysia melaporkan harga durian diramalkan 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu disebabkan harga baja dan kos pekerja yang meningkat, serta cuaca buruk yang menjejas pendebungaan bunga durian.



Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada 2020, Singapura mengimport 89 peratus durian dari Malaysia, dengan bakinya diimport dari Thailand dan Filipina.



Durian yang dijual dalam talian menunjukkan harganya juga serupa yang dijual di kedai.



Contohnya, laman 227 Katong Durian menjual durian Musang King pada harga $23 sekilogram.



Durian Musang King yang ditawarkan di laman duriandelivery.com.sg juga dijual pada harga $23 sekilogram.



Bulan lalu, media Malaysia melaporkan eksport durian beku dijangka berkurangan sebanyak 50 peratus disebabkan hasil lebih rendah akibat cuaca hujan semasa musim bunga.



Pengarah urusan Top Fruits Plantation, Encik Tan Sue Sian, berkata pelanggan antarabangsa mungkin perlu bayar lebih untuk menikmat durian, dengan harga dijangka 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.



Namun, keadaan cuaca yang lebih baik di Johor telah membuahkan hasil tuaian durian yang banyak.



Antara warga Singapura yang merupakan 'hantu durian' ialah Cik Djulhijjah Ramle, 28 tahun.



Penganalisis kewangan itu berkata harga durian pada masa ini agak berpatutan dan sebagai penggemar durian, ini adalah masa yang baik untuk membeli dan menikmatinya.



Setiap musim durian, Cik Djulhijjah membelanjakan sekitar $100 untuk menikmati durian bersama keluarga dan rakan-rakannya.



Beliau tiada jenis durian tertentu yang digemari, dan biasanya membeli durian berdasarkan harganya.



"Sekiranya harga durian naik, saya sanggup untuk membayarnya kerana ini adalah musim durian dan ini adalah peluang emas untuk mendapatkan durian yang terbaik juga," kata beliau. - IRMA KAMARUDIN dan HAKIM YUSOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >