Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga asing di S’pura kebanyakannya dari M’sia: PBB

Jan 19, 2020 | 03:01 PM



WARGA Malaysia membentuk jumlah terbesar - hampir separuh atau 44 peratus - warga asing yang tinggal dan bekerja di Singapura, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Menurut laporan The Straits Times, warga asing lain termasuk dari China, yang membentuk sekitar 18 peratus. 


Secara keseluruhannya, kededua golongan itu membentuk enam dalam 10 warga asing di Singapura.


Warga Indonesia pula membentuk 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan warga asing tahun lalu.


Ini disusuli warga India (5.9 peratus), warga Pakistan (5.1 peratus) dan warga Bangladesh (3.2 peratus). Mereka yang datang dari Hong Kong dan Macau membentuk 3.3 peratus secara bersama.


Jabatan Ekonomi dan Ehwal Sosial PBB  berkata, kumpulan warga asing pelbagai ini telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 30 tahun lalu sejak 1990 hingga tahun lalu.


Peningkatan kepada seramai 2.16 juta warga asing itu telah meningkatkan jumlah penduduk Singapura dari tiga juta kepada 5.7 juta tahun lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >