Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCONG PERUBATAN KEMBALI KE SINGAPURA

Warga asing mula kembali ke SG dapatkan rawatan, periksa kesihatan

Pembukaan semula sempadan beri peluang pesakit dari luar negara dapatkan rawatan di sini
Jun 04, 2022 | 05:30 AM



PELANCONG perubatan kini kembali ke Singapura menyusuli pembukaan sempadan selepas dua tahun dibelenggu Covid-19.



Beberapa penyedia penjagaan kesihatan yang di temubual Berita Harian mengatakan bahawa kini terdapat lebih ramai lagi pesakit asing yang datang ke Singapura selepas 1 April, apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan dan lebih banyak penerbangan ditambah.



Keperluan untuk pelepasan khas ke Singapura untuk mendapatkan rawatan juga tidak diperlukan lagi.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Specialist Care Group (SCG) merangkap Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar, jumlah pesakit asing yang datang untuk mendapatkan rawatan masih di bawah paras pra-pandemik, tetapi beliau berasa yakin bahawa jumlah itu akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang.



"Setakat ini, kami telah menyaksikan peningkatan sekitar 30 peratus daripada pesakit asing yang telah kembali ke Singapura untuk mendapatkan rawatan.



"Kedatangan pesakit asing ini amat menggalakkan terutama sekali dari negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Malaysia dan Bangladesh,"ujar beliau.



Dr Abdul Razakjr juga menyatakan warga asing datang ke Singapura untuk pelbagai perkhidmatan perubatan.



Diantaranya, pesakit asing seringkali ke Singapura untuk mendapatkan rawatan jatung, ortopedik dan kanser kerana Singapura mempunyai hab penjagaan kesihatan yang terkenal di rantau ini.



Menurut Dr Abdul Razakjr, kebanyakan dari pesakit beliau terpaksa mendapatkan rawatan daripada doktor tempatan mereka sementara menunggukan pembukaan sempadan Singapura dan ada diantara mereka pula yang mendapatkan rawatan atau nasihat melalui dalam talian.



Sebahagian besar daripada pesakit yang seringkali ke Singapura untuk mendapatkan rawatan terpaksa berhenti selepas Singapura menyekat pelawat jangka pendek pada 23 Mac 2020.



Apabila dihubungi Berita Harian, jurucakap Hospital Raffles mengatakan bahawa sejak sempadan dibuka semula pada 1 April tahun ini, mereka telah melihat pesakit asing pulang, terutamanya dari negara seperti Indonesia dan Indochina dan mereka menjangkakan lebih ramai pesakit asing akan kembali ke Singapura untuk mendapatkan rawatan terutama sekali apabila sempadan China dibuka semula.



Dalam temu bual bersama The Straits Times, Pengarah Perubatan dan Perundingan serta pakar onkologi dari The Cancer Centre, Dr Wong Seng Weng berkata:



"Pemulihan dalam ketibaan pesakit asing agak dramatik."



Pesakit asing mula ke Singapura selepas permulaan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dengan Indonesia pada Disember tahun lalu namun dari 1 April ramai lagi yang tiba, tambahnya.



Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Hospital Mount Alvernia, Dr Djoni Huang, juga berkata bahawa peningkatan dalam pesakit asing di Singapura mungkin disebabkan oleh "keperluan terpendam" bagi mereka yang menantikan pembukaan sempadan untuk mendapatkan rawatan.



"Kebanyakan daripada pesakit asing pra-Covid-19 masih lagi terus berhubung dengan pakar mereka dan menggunakan telekonsultasi ketika sempadan belum dibuka.



Oleh itu, dengan sempadan yang telah dibuka, lebih ramai yang akan datang berjumpa dengan pakar mereka kerana kebanyakan pesakit lebih suka mendapatkan konsultasi secara bersemuka," kata beliau yang juga menyatakan bahawa pesakit asing mungkin juga ke Singapura kerana mengalami kapasiti terhad di negara asal mereka akibat wabak Covid-19.



Dr Djoni Huang juga menyatakan bahawa beliau telah melihat peningkatan kepulangan pesakit asing yang pernah mendapatkan rawatan di Singapura dan juga beberapa pesakit asing baru juga.



Beliau turut menyatakan bahawa kebanyakan daripada pesakit asing datang ke Singapura untuk mendapatkan rawatan berkaitan jantung, kanser dan keadaan neurologi yang kronik.



Bagi Dr Elias Tam, pengasas klinik estetik perubatan, EHA Clinic, menyatakan bahawa walaupun majoriti pesakitnya adalah warga tempatan, kini pesakit asing terdiri daripada hampir 5 peratus daripada para pesakitnya sejak tempoh dua hingga tiga minggu lalu.



"Sekitar 25 peratus daripada pesakit asing saya telah kembali untuk mendapatkan rawatan selepas sempadan Singapura dibuka awal bulan lalu. Dengan pembukaan sempadan bukan sahaja di Singapura malah di kebanyakan negara, orang ramai ingin mengembara semula dan Singapura adalah destinasi popular.



"Ada diantara mereka yang cuba mendapatkan beberapa rawatan estetik semasa mereka berehat di Singapura," kata beliau.



Beliau menambah bahawa rawatan penyendal (filler), botok dan penegangan kulit dengan benang atau Threadlift adalah diantara rawatan yang popular didapatkan oleh mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >