Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Australia dalam kes buang botol dari tingkat tinggi hadapi tuduhan tambahan

Dec 05, 2019 | 04:25 PM



LELAKI warga Australia yang didakwa terlibat dalam kes buang sampah dari tingkat tinggi sebuah kondominium sehingga membunuh seorang lelaki berusia 73 tahun kini menghadapi satu lagi tuduhan mencederakan seorang wanita dalam kejadian yang sama.



Menurut dokumen mahkamah, tuduhan itu lebih serius kerana melibatkan sentimen agama.



Andrew Gosling, 47 tahun, yang tampil di mahkamah menerusi persidangan video hari ini (5 Disember) dikenakan satu tuduhan mencederakan seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Manisah menggunakan sebuah alat di sebuah kondominium 35 tingkat di Spottiswoode Park Road.



Awal tahun ini, dia menghadapi satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan serius menggunakan sebuah alat. 



Gosling didakwa membuang botol wain kaca dari tingkat tujuh kondominium Spottiswoode 18 itu ke arah sebuah meja dekat kawasan barbeku di tingkat lima sekitar 8.30 malam pada 18 Ogos.



Botol itu didakwa terkena Cik Manisah sehingga mencederakan bahu kanannya dan terkena kepala Encik Nasiari Sunee sehingga menyebabkan tengkorak pemandu penghantaran itu retak sehingga beliau meninggal dunia.



Lelaki berusia 73 tahun itu berada di sana untuk menghadiri majlis keramaian yang diadakan seorang anggota keluarganya.



Gosling tidak ditawarkan ikat jamin dan kesnya akan didengar lagi di mahkamah pada 2 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >