Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Australia didakwa lempar botol dari kondo, sebabkan kematian

Aug 30, 2019 | 07:22 PM



SEORANG warga Australia telah didakwa di mahkamah pada Jumaat (30 Ogos) kerana dipercayai terlibat dalam insiden melemparkan botol kaca dari tingkat tinggi kondominium sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 73 tahun. 



Andrew Gosling, 47 tahun, yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat, menghadapi satu dakwaan menyebabkan kematian disebabkan kecuaian. 



Menurut dokumen mahkamah, Gosling dikatakan melempar botol wain “Polissena Il Boro 2016” dari lobi lif tingkat tujuh kondominium di Spottiswoode Park Road ke arah tempat barbeku di tingkat lima sekitar 8.30 malam pada 18 Ogos lalu, lapor The Straits Times (ST). 



Botol kaca itu dikatakan terkena kepala Encik Nasiari Sunee, seorang pemandu penghantaran, yang berada di sana bersama anggota keluarganya untuk menghadiri acara jamuan masuk ke rumah baru saudaranya. 



Insiden itu dipercayai berlaku semasa beliau baru sahaja hendak menjamu selera. 



Kesan botol yang dilontarkan ke bawah itu dipercayai turut menyebabkan kematiannya. 



Dalam satu kenyataan pada Jumaat, polis berkata pegawainya telah memberkas Gosling  pada Rabu (28 Ogos). 



Namun tidak pula dinyatakan di mahkamah sama ada dia tinggal di kondominium itu atau tidak. 



Anak sulung Allahyarham, pengurus perkhidmatan, Cik Nas Suriati Nasiari, 44 tahun, memberitahu ST saudara-maranya tiba-tiba terdengar dua bunyi sesuatu jatuh berdebup sebelum ayahnya terjatuh dengan luka di kepala. 



Mereka kemudian ternampak botol kaca yang tidak pecah itu berdekatan. 



Seorang saudara keluarga itu yang juga merupakan jururawat memberikan bantuan sementara menanti ambulans membawa Encik Nasiari – yang juga bapa empat orang anak – ke Hospital Besar Singapura sekitar 8.35 malam. 



Menurut Cik Nas Suriati, jantung ayahnya berhenti tiga kali semasa rawatan dan anggota keluarga memutuskan untuk tidak menyedarkannya semula jika ia berhenti lagi untuk kali keempat. 



“Kami tidak mahu memanjangkan kesakitannya,” kata Cik Nas Suriati. 



Tekanan darah Encik Nasiari menjunam keesokan hari dan beliau meninggal dunia sekitar 9 pagi. 



Datuk sembilan orang cucu itu dikebumikan pada 20 Ogos lalu. 



Menyusuli kejadian, polis mengunjungi dari pintu ke pintu di Spottiswoode 18 untuk mencari dalang yang bertanggungjawab melemparkan botol dari bangunan 35 tingkat itu. 



Menurut penghuni kondomiunium itu, polis menunjukkan gambar botol wain Itali dan bertanya sama ada mereka meminum wain dan bersedia memberikan contoh cap jari. 



Sementara itu, Gosling tidak ditawarkan sebarang ikat jamin dan kini ditahan di Divisyen Polis Pusat. 



Dia diwakili peguam dari Australia, Cik Gloria James-Civetta dan kesnya ditangguhkan sehingga Selasa ini. 



Jika didapati bersalah atas kecuaian itu, Gosling boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >