Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Bangladesh didakwa berhubung kes cubaan rompak kedai pajak Boon Lay

Aug 03, 2018 | 11:32 AM



SEORANG bekas pekerja binaan menghadapi tuduhan di mahkamah hari ini (3 Ogos) kerana didakwa terlibat dalam satu percubaan merompak sebuah kedai pajak di luar stesen MRT Boon Lay Sabtu lalu.



Lelaki warga Bangladesh itu, Sheikh Md Razan, 29 tahun, tampil di mahkamah menerusi videolink dari Divisyen Polis Central.



Dia ditangkap di Muscat Street di Kampong Glam, di kawasan tempat tinggalnya, kelmarin.



Semasa kejadian sekitar 4.30 petang Sabtu lalu itu, Razan didakwa memasuki kedai pajak berkenaan dengan pisau dan pistol mainan yang diperbuat daripada plastik.



Apabila kakitangan kedai tersebut enggan menuruti permintaannya untuk menyerahkan wang tunai dan barang kemas kepadanya, Razan didakwa mengancam untuk meletupkan kedai itu dengan objek yang dikatakannya adalah alat letupan.



Dia kemudian didakwa mencampakkan objek itu atas kaunter dan melarikan diri tanpa mengambil apa-apa barang.



Kakitangan kedai itu kemudian mencampak objek itu ke luar dan menghubungi polis.



Razan kini ditahan reman di Divisyen Polis Central dan kesnya dijangka didengar lagi di mahkamah pada 10 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >