Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Belgium mengaku salah bunuh anak di Leedon Heights

Aug 01, 2016 | 04:18 PM



MENGHADAPI tekanan dalam perebutan untuk menjaga anaknya, seorang ekspatriat warga Belgium menggunakan bantal kusyen untuk menekan kepala anak lelakinya itu hingga dia tidak dapat bernafas.



Philippe Marcel Guy Graffart, 42 tahun, kemudian memeluk anaknya berusia lima tahun itu sambil menyatakan cintanya kepadanya dan melahirkan hasrat 'untuk mengikutinya'.



Graffart lalu meninggalkan apartmennya di Leedon Heights dan memecut laju keretanya di Ekspreswe Marina Coastal (MCE) sebelum merempuh dengan sengaja tembok terowong.



Dia berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dengan kecederaan ringan.



Tetapi Graffart meninggalkan hospital dan menimbangkan cara lain untuk membunuh diri sebelum membuat keputusan untuk melaporkan kes tersebut ke balai polis.



Butir-butir pembunuhan terhadap anaknya Keryan Gabriel Cedric Graffart pada Oktober lalu diketengahkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Isnin.



Graffart mengaku bersalah terhadap dakwaan membunuh tanpa niat dan menyebabkan kematian anaknya itu di tingkat 32 apartmen tersebut pada 5 Oktober antara 9 malam dengan 10.17 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >