WARGA yang lebih berumur akan diajar cara melindungi diri mereka dan mengurangkan kecederaan sekiranya mereka jatuh, di bawah satu program baru oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) yang dipanggil Rolling Good Times.
Direka bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, program itu terdiri daripada dua bahagian - balapan berhalang dan senaman berkumpulan bagi membina kekuatan otot serta keseimbangan dan fleksibiliti; dan pengajaran teknik berguling asas bagi mengurangkan risiko kecederaan dan tulang patah sekiranya jatuh.