Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga boleh mainkan peranan kekalkan negara menghijau, mampan: DPM Heng

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Singapura meraikan 50 tahun Hari Menanam Pokok yang pertama dilancarkan, setiap warga Singapura boleh melakukan peranan mereka untuk mengekalkan negara menghijau dan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semalam.



"Anak pokok yang ditanam 50 tahun lalu telah membesar menjadi pokok yang cantik dengan kanopi yang lebar dan akar yang dalam," katanya.



"Dengan cara yang sama, Gerakan Bersih dan Menghijau boleh terus meluaskan dan diperkukuh pada tahun-tahun mendatang."



Menerusi satu mesej yang dirakam lebih awal dari Mount Faber, di mana salah seorang daripada bapa pengasas Singapura, Dr Goh Keng Swee, menanam sebatang pokok hujan pada Hari Menanam Pokok yang pertama pada 1971, DPM Heng berkata menanam pokok telah menjadi tradisi nasional yang amat dihargai dan telah mengubah dan diluaskan kepada gerakan Bersih dan Menghijau Singapura yang dilancarkan semalam.



Dalam ucapannya, beliau menggariskan bagaimana warga boleh memastikan negara terus menghijau, mengurangkan sisa dan memastikan bandar kekal bersih.



Menurutnya, Singapura boleh menjadikan negara menghijau dengan mengambil bahagian dalam gerakan Satu Juta Pokok yang bertujuan untuk menanam lebih daripada sejuta pokok di sini sepanjang sedekad akan datang.



Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam gerakan berkebun nasional dan program Berkebun dengan Yang Boleh Dimakan, yang menyaksikan sekitar 460,000 paket biji diagihkan tahun lalu.



Bagi mengurangkan sisa, DPM Heng berkata warga Singapura hanya harus membeli apa yang mereka perlukan sahaja dan membawa beg dan bekas kitar semula, manakal mengitar secara kerap dan tepat dengan memasukkan bahan di tong yang betul selain memastikan ia bebas daripada pencemaran makanan.



Perniagaan juga boleh memainkan peranan seperti apa yang dilakukan oleh 169 rakan kongsi bagi kempen "Katakan Ya pada Kurang Sisa oleh Agensi Sekitaran Nasional.''



Memastikan bandar kita bersih juga penting dan pandemik juga menurut DPM Heng, telah mengajar kita tentang kepentingan kebersihan.



Inisiatif untuk menggalak ini termasuk Kempen Membersihkan Meja yang dilancarkan awal tahun ini untuk mengingatkan pengguna mengembalikan dulang mereka selepas makan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >