Warga Britain dalam perhimpunan terlarang di atas kapal layar dekat Pulau Lazarus dilarang bekerja di S'pura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Warga Britain dalam perhimpunan terlarang di atas kapal layar dekat Pulau Lazarus dilarang bekerja di S'pura

Mar 06, 2021 | 08:50 PM

PEMEGANG pas kerja yang mengambil bahagian dalam perhimpunan terlarang di kapal layar dekat Pulau Lazarus tahun lalu telah dilarang bekerja di Singapura, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (6 Mac).

Warga Britain Amy Grace Ropner, 28 tahun, adalah salah satu daripada 10 orang yang telah menaiki kapal itu pada 26 Disember lalu.

Kumpulan itu telah berinteraksi tanpa memakai pelitup semasa perjumpaan sosial dihadkan ke lima orang.

Pas kerjanya telah dibatalkan oleh bekas majikannya terlebih dahulu, kata MOM kepada The Straits Times.

Pada Isnin, Ropner, serta penduduk tetap Singapura, Mark Lau San Mao, 30 tahun, didenda $3,000 kerana melanggar langkah jarak selamat Covid-19.

Kedua-duanya mengaku bersalah kepada satu kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

--

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map