Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Britain didakwa 13 tahun selepas pemalsuan berita serangan NDP

Oct 05, 2018 | 03:51 PM



SEORANG warga British didakwa di mahkamah kerana memberi maklumat palsu mengenai ‘serangan pengganas’ di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) ke-40 Singapura pada 2005. 



Khor Chye Siew, 42 tahun, didakwa hari ini kerana memberikan maklumat palsu dengan niat untuk menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya untuk mencederakan orang lain. 



Dia ditangkap pada 26 Mei tahun ini di Lapangan terbang Changi selepas mendarat di Singapura dari London. 



Menurut dokumen mahkamah, Khor, telah menghantar emel kepada Cik Sarina Isnin, seorang pegawai dari Kementerian Perhubungan, Penerangan dan Seni pada 10 pagi, 24 Julai 2005 dan mengetahui bahawa beliau akan melaporkan perkara tersebut kepada polis. 



Dia dikatakan memberitahu Cik Sarina bahawa khidmat perisikan Singapura gagal mengesan semua aktiviti pengganas di sini, dan mereka harus mengambil serius amarannya, jika tidak sesuatu yang buruk akan berlaku. 



Tulisnya: “Tiga pengeboman bunuh diri akan berlaku semasa Perbarisan Hari Kebangsaan ke-40 negara, saya tahu siapa dan di mana orang-orang jahat yang terlibat.” 



Khor menambah bahawa pihak berkuasa mempunyai dua minggu untuk mengambil tindakan. 



Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun dan didenda sehingga $5,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >