Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Britain didapati bersalah atas kesalahan berkaitan pelitup akan dihantar pulang

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



WARGA Britain Benjamin Glynn sedang bersiap untuk dihantar pulang setelah dibebaskan dari penjara kelmarin.



Glynn, 40 tahun, dihukum penjara enam minggu selepas didapati bersalah bagi empat tuduhan.



Hakim Daerah Eddy Tham mendapati Glynn bersalah bagi dua tuduhan di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) Covid-19, serta satu tuduhan mengganggu dan satu lagi menyebabkan gangguan awam.



Hukuman itu ditentukan bermula pada 19 Julai apabila Glynn mula ditahan reman.



Dia ditahan reman di penjara dari 19 Julai hingga 4 Ogos sebelum ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) dari 5 Ogos hingga 18 Ogos.



Oleh kerana tempoh tahanan reman yang dijalaninya melebihi dua pertiga hukuman yang dijatuhkan, Glynn dibebaskan dari penjara kurang dari tempoh hukuman baginya



Banduan boleh dilepaskan dengan pengurangan ini jika berkelakuan baik selepas menjalani dua pertiga hukuman penjara.



Pas kerja warga asing yang didapati bersalah boleh ditarik balik dan mereka dihantar pulang selepas menjalani hukuman.



Jurucakap Khidmat Penjara Singapura mengesahkan Glynn telah diserahkan kelmarin kepada Penguasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) yang akan membuat aturan untuk menghantar Glynn pulang.



The Straits Times berkata ia telah menghubungi ICA untuk mendapatkan keterangan lanjut.



Glynn menarik perhatian media selepas video yang menunjukkan dia enggan memakai pelitup semasa menaiki kereta api, disebarkan dalam talian pada Mei lalu.



Dalam video itu, Glynn boleh didear berkata dia tidak akan memakai pelitup.



Semasa prosiding di mahkamah, Glynn berkata dia berdaulat dan tidak mempunyai kontrak dengan pemerintah Singapura dan pihak berkuasa di sini.



Sebelum menjatuhkan hukuman kelmarin, Hakim Tham berkata beliau bersetuju dengan pihak pendakwa raya dan berkata Glynn telah menunjukkan dengan sengaja dia tidak pedulikan undang-undang.



Bagi setiap tuduhan di bawah Akta (Langkah-langkah Sementara) Covid-19, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >