Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCONG PERUBATAN KEMBALI KE SINGAPURA

Warga Brunei hargai khidmat cekap rawatan perubatan SG

Jun 04, 2022 | 05:30 AM



WARGA Brunei, Cik Sunarita Mohd Shariff yang pernah menjalani rawatan penyakit pakreatitis di Singapura, tidak teragak-agak kembali ke sini untuk mendapatkan rawatan jika keperluan itu timbul.



Cik Sunarita, 44 tahun, menghargai khidmat rawatan cekap yang diterima semasa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.



"Saya akan mempertimbangkan kembali ke Singapura untuk mendapatkan konsultasi atau rawatan perubatan jika rawatan perubatan di Brunei kekurangan dalam menyediakan perkhidmatan perubatan yang saya memerlukan," ujar beliau.



Lebih sepuluh tahun lalu, Cik Sunarita terpaksa ke Singapura untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan di Hospital Raffles untuk penyakit pankreatitisnya.



Ini kerana beliau menghadapi cabaran mendapatkan diagnosis di hospita di Brunei walaupun sudah berulang-alik ke hospital di sana selama dua tahun.



Dengan diagnosis yang lebih cepat serta rawatan yang diterima dari Hospital Raffles di Singapura, beliau kemudiannya melakukan prosedur susulan di Brunei untuk mengeluarkan pundi hempedunya agar penyakit pankreatitisnya beransur pulih.



Penyebab pankreatitis biasanya akibat mempunyai batu karang yang menyebabkan keradangan pankreas.



"Perkhidmatan perubatan di Singapura jauh lebih maju daripada Brunei, terutamanya dari segi peralatan perubatan.



"Keputusan ujian makmal juga lebih cepat dan kami tidak perlu menunggu selama berminggu-minggu dan kadang-kadang berbulan-bulan jika kami ingin mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.



"Selain itu, ramai daripada kami mempunyai ahli keluarga terdekat di sana jadi ia masih terasa dekat dengan rumah," ujar beliau yang mengatakan beliau akan mempertimbangkan untuk kembali ke Singapura dan mendapatkan konsultasi atau rawatan perubatan, jika penjagaan perubatan di Brunei tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang diperlukannya.



Apabila dihubungi Berita Harian, jurucakap Hospital Raffles mengatakan bahawa mereka biasanya melihat kira-kira 25 peratus pesakit asing yang datang ke Singapura untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tidak termasuk, ekspatriat yang tinggal di sini.



Mereka menambah, semasa pandemik, penyedia penjagaan kesihatan juga telah menggunakan telekonsultasi untuk terus berhubung dengan pesakit asing untuk memenuhi keperluan perubatan mereka.



"Sejak sempadan dibuka semula pada 1 April tahun ini, kami telah melihat pesakit asing pulang, terutamanya dari negara seperti Indonesia dan Indochina.



"Kami menjangkakan lebih ramai pesakit asing akan kembali ke Singapura untuk mendapatkan rawatan apabila China membuka semula sempadannya," kata beliau.



Walaupun syarikat Airmark Freight Services yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan pesakit ke hospital swasta di Singapura enggan mendedahkan angka pesakit yang menggunakan perkhidmatan mereka, mereka turut menyatakan bahawa ada peningkatan juga pada permintaan bagi perkhidmatan mereka selepas 1 April terutama sekali dari Indonesia, apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan dan sempadan dibuka semula.



Jurucakap Airmark Freight Services menyatakan, walaupun tempahan perkhidmatan pengangkutan pesakit mereka belum menjejak angka sebelum pandemik Covid-19, mereka menjangkakan penempahan perkhidmatan mereka akan meningkat dalam masa yang akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >