SEKITAR RAMADAN
Warga Brunei niaga di bazar Tampines
Penglibatan semakin perkukuh hubungan dua hala antara Brunei dengan Singapura
Jun 17, 2016 | 05:30 AM
HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Brunei terus diperkukuh bukan sahaja menerusi hubungan perdagangan dan pertahanan bahkan interaksi di peringkat kemasyarakatan.
Tahun ini merupakan tahun kedua Brunei mengambil bahagian dalam bazar Raya di Tampines dengan kehadiran lapan peniaga dari negara itu berbanding hanya dua tahun lalu.