SEORANG penyanyi kelab malam, yang menyerang seorang pemandu teksi kerana tidak mahu membawa pulang kawannya yang mabuk, semalam dihukum penjara selama lapan minggu.
Feng Jia Cheng, 23 tahun, seorang pemegang pas kerja dari China, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan serius terhadap Encik Tay Chwee Kok, dengan menumbuk pemandu teksi berusia 55 tahun itu dan menolaknya hingga terjatuh.