Lawatan Presiden Tony Tan ke Mesir

Warga di Mesir berperanan penting memperkukuh hubungan S'pura-Mesir

WARGA Singapura di Mesir memain peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antaran Singapura dengan Mesir, kata Presiden Tony Tan Keng Yam.

"Mesir jauh dari Singapura... warga Mesir mempelajari tentang Singapura menerusi kelakuan warganya. Hubungan yang dibina dengan warga Mesir merangsang pemahaman bersama, memperkuku hubungan antara warga dan menjadikan hubungan lebih utuh."

Dr Tony Tan berkata demikian dalam ucapannya di majlis jamuan ringan bagi warga Singapura di Mesir hari ini (2 Nov)

Sekitar 300 warga Singapura - kebanyakannya pelajar di Universiti Al Azhar - menghadiri majlis yang diadakan di Hotel Four Seasons, Kahirah itu.

Dr Tony Tan juga menghadiri upacara penyampaian ijazah kepada siswazah Al Azhar dari Singapura - presiden Singapura pertama berbuat demikian.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:02
Zuhur
1:08
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.