Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga digesa tinggalkan Yemen dek keadaan keselamatan tidak menentu

Nov 26, 2014 | 03:05 PM



RAKYAT Singapura dinasihatkan supaya meninggalkan Yemen ekoran keadaan keselamatan yang tidak menentu di negara itu, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA), hari ini, Rabu.


Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkannya itu, MFA menggesa mereka supaya meninggal negara itu sementara ia masih boleh dilakukan memandangkan keadaan yang cepat berubah dan tidak menentu itu.


"Sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, rakyat Singapura mungkin menghadapi kesukaran meninggalkan Yemen.


"Banyak syarikat penerbangan telah pun menghentikan penerbangannya ke dan dari Yemen dan syarikat yang masih melakukan penerbangan ke situ mungkin membatalkannya dengan memberi sedikit atau tanpa notis pemberitahuan.


"Rakyat Singapura juga dinasihatkan supaya mengelak daripada melawat Yemen," kata MFA.


Warga Singapura yang berada di Yemen dan memerlukan bantuan konsular harus segera menghubungi Pegawai Bertugas MFA (24 jam) di talian 6379-8800/8855 atau mengirim emel kepada mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.


Mereka yang berada di Yemen juga harus segera mendaftar diri menerusi dalam talian di http://eregister.mfa.gov.sg/, jika mereka masih belum berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >