Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga dinasihati guna krim pelindung matahari, elak sinaran ultralembayung

Feb 23, 2018 | 05:30 AM



JANGAN lupa menggunakan krim pelindung matahari atau cari tempat berteduh pada waktu tengah hari kerana sinaran ultralembayung (UV) di Singapura mencapai tahap tertinggi minggu ini - mencecah paras 15 pada Isnin lalu.



Menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), Indeks UV setinggi 15 yang dicatatkan secara purata dalam tempoh sejam itu dirakam antara 1 dengan 2 petang.



Namun, ini bukan kali pertama Singapura mencapai nilai tertinggi 15 pada indeks tersebut.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa tahap itu turut dicapai pada 2 petang Selasa lalu serta 1 petang pada 8 dan 17 September lalu.



Menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), perlindungan tambahan bagi mengelakkan selaran matahari atau sunburn diperlukan apabila Indeks UV itu mencapai tahap amat tinggi, iaitu antara 8 dengan 10, dan tahap ekstrem, iaitu 11 ke atas.



Bacaan ekstrem pada Indeks UV itu pada mulanya dikesan seorang pengguna Internet yang kemudian memuat naik kenyataan tentangnya di forum dalam talian Reddit.



Ini menimbulkan kenyataan hangat di kalangan ramai warga setempat.



Sesetengah mereka menarik perhatian tentang kepanasan yang mereka rasakan pada siang hari sementara ada pula yang melahirkan rasa bimbang tentang kesan sinaran UV yang berbahaya.



Awal bulan ini, MSS berkata, warga Singapura boleh menjangkakan cuaca yang lebih kering dan panas, selepas menikmati cuaca yang sejuk dan basah bulan lalu.



Jurucakap MSS berkata, bacaan Indeks UV berubah-ubah, bergantung pada pelbagai faktor termasuk waktu pada hari itu dan pada tahun itu, jarak dengan khatulistiwa, ketinggian dan litupan awan.



Negara yang terletak dekat dengan khatulistiwa terdedah kepada tahap sinaran UV daripada suria yang lebih tinggi.



Malah di Singapura, sudah menjadi perkara biasa untuk Indeks UV mencapai tahap ekstrem antara 11 pagi dengan 3 petang, apabila sinaran UV berada di tahap paling tinggi.



Menurut laman web NEA, Februari juga merupakan antara bulan yang mencatatkan tahap amat tinggi bagi Indeks UV maksimum harian secara purata.



Secara purata, Indeks UV bagi bulan Februari adalah 9.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >