Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Warga emas 70 tahun antara 5 kes import Covid-19 baru

Setempat
27
0

Warga emas 70 tahun antara 5 kes import Covid-19 baru

Nov 18, 2020 | 10:33 PM

SEORANG warga emas Bangladesh yang memiliki Pas Lawatan Jangka Pendek ke Singapura adalah antara lima kes import Covid-19  baru yang dikesan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (18 November).

MOH dalam kenyataannya menjelaskan lelaki berusia 70 tahun itu dibenarkan masuk ke Singapura dengan sejarah perjalanan dari Bangladesh kerana beliau sudah menerima rawatan perubatan di sini dan kembali bagi rawatan susulan.

Tiga kes import lain adalah pemegang permit kerja yang kini bertugas di Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan dari Myanmar. Lagi satu kes pula adalah pemegang pas pelajar yang memiliki sejarah perjalanan dari India. 

Kesemua lima kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka dikenal pasti positif Covid-19 dalam tempoh SHN.

Tiada kes jangkitan tempatan dikesan MOH pada Rabu.

Dalam pada itu, MOH sedang memantau kelompok yang terbentuk bagi mengesan jangkitan lanjutan.

Hasil pemantauan itu, ia mendapati tiada lagi kes yang berkait dengan kelompok ASPRI-Westlite Papan (5 Jalan Papan) bagi dua tempoh inkubasi selama 28 hari. Lantaran itu, kelompok dormitori itu kini ditutup.

Sebanyak tujuh kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Dalam pada itu, 33 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3