Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas akan terima undangan suntikan 'booster' Covid-19 mulai 14 Sep: MOH

Sep 10, 2021 | 06:37 PM



PROGRAM suntikan vaksin penggalak atau 'booster' Covid-19 akan bermula Selasa depan (14 September).



Ini adalah bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas serta penduduk kemudahan jagaan warga emas, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat. Mereka yang luluh imun juga dilibatkan dalam program ini, tambah MOH mengenai inisiatif yang diumumkan pada 3 September.



Warga emas yang sudah mendapatkan vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu akan diundang bagi menerima suntikan penggalak vaksin mRNA dengan pesanan SMS dikirimkan ke nombor telefon bimbit mereka jika mereka telah mendaftar awal, tambah MOH dalam kenyataannya.



Mereka kemudian boleh menempah janji temu di laman beralamat https://www.vaccine.gov.sg/



Penduduk yang layak daripada kemudahan jagaan warga emas juga boleh mengjangkakan menerima vaksinasi penggalak dalam masa beberapa minggu mendatang, tambah MOH.



Di sidang maya pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 pada Jumaat (10 September), Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, menggesa mereka yang layak menerima suntikan penggalak agar mendaftarkan diri apabila mereka menerima undangan berbuat demikian.



Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19, minggu lalu, mengusulkan agar warga emas menerima suntikan penggalak mereka enam hingga sembilan bulan selepas tamat rejim vaksinasi dua suntikan.



Jawatankuasa ini berkata warga emas mungkin membangun respons imun lebih rendah pada dua dos suntikan awal manakala pengimunan didapati kian luntur dari masa ke masa.



Dos penggalak adalah bagi menambah tahap imun seseorang dan memastikan tahap perlindungan yang tinggi daripada penyakit teruk dikekalkan bagi tempoh lebih lama, tambah jawatankuasa itu.



Bagi golongan luluh imun, mereka digalakkan agar mendapatkan suntikan ketiga bagi sebarang vaksin mRNA dua bulan selepas suntikan kedua, kata MOH pada Jumaat.



"Bagaimanapun, mereka harus merujuk pada spesialis rawatan mereka yang mempunyai pemahaman terbaik tentang keadaan perubatan mereka sebelum menerima suntikan ketiga," kata MOH.



Golongan luluh imun yang layak mungkin menerima vaksinasi mereka di hospital atau klinik spesialis luar.



Mereka mungkin akan mendapatkan borang rujukan daripada doktor dan berkunjung ke sebarang pusat vaksinasi bagi suntikan ketiga mereka, tambah MOH.



Kumpulan ini termasuk pesakit pemindahan organ yang mendapatkan perubatan bagi memastikan daya tahan sistem imun mereka, pesakit barah yang menjalani rawatan aktif dengan kemoterapi serta mereka yang mempunyai jangkitan HIV lanjutan atau tidak dirawat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >