Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas belajar celik digital daripada belia di 'Jom Surf!'

Feb 27, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 30 warga emas menyertai bengkel celik digital Jom Surf! semalam. Mereka diajar tentang, antara lain, cara membuka akaun e-mel dan membuat panggilan video melalui Zoom.



Mereka juga belajar cara mengakses aplikasi TraceTogether dan SingPass, selain meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya keselamatan siber.



Bengkel di Kelab Masyarakat Kolam Ayer itu dianjurkan jawatankuasa kecil belia Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA).



Jom Surf! bertujuan menggalakkan warga emas mengikuti kelas tentang digitalisasi, selain memupuk ikatan mesra antara warga emas dan belia.



Relawan belia daripada PA Mesra dan Persatuan Muhammadiyah Singapura membimbing warga emas semasa sesi itu, dengan setiap relawan ditugaskan membantu seorang warga emas.



Walaupun bengkel itu disasarkan pada warga emas Melayu/Islam, ia turut dibuka kepada warga emas daripada kaum lain.



Sekitar 60 warga emas berusia sekitar 65 tahun telah mengikuti tiga bengkel Jom Surf! sebelum ini.



Sesi Jom Surf! seterusnya akan diadakan pada 19 Mac di Kelab Masyarakat Boon Lay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >