PENDUDUK warga emas yang menetap di flat HDB lebih tua dengan ruang masuk bertangga tidak lama lagi boleh mendapat tanjakan yang disubsidi tinggi.
Tanjakan itu akan membolehkan mereka masuk dan keluar rumah dengan lebih mudah.
Mulai Rabu (5 Disember), HDB akan menawarkan dua jenis tanjakan - yang mudah alih atau yang disesuaikan - di bawah program Peningkatan bagi Warga Tua Aktif (Ease).
Terdapat sekitar 170,000 flat HDB dengan ruang masuk bertangga, satu ciri daripada beberapa blok yang dibina pada 1970-an dan 1980-an bagi menawarkan privasi daripada orang lalu-lalang.
Dalam satu kenyataan hari ini, HDB berkata dua tanjakan baru itu sesuai bagi kebanyakan flat dengan ruang masuk bertangga.
Di bawah Ease, pemerintah membiayai sehingga 95 peratus kos barangan penambahbaikan itu, bergantung kepada jenis flat.