Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas berkerusi roda diselamatkan suami apabila kereta terbakar

Dec 29, 2019 | 08:32 PM



 



SEBUAH kereta terbakar di Eng Neo Avenue selepas sebuah motosikal yang terlanggar pemisah jalan raya terbakar dan tergelincir sehingga termasuk ke bahagian bawah kereta tersebut, petang semalam.



Pasangan warga tua dalam kereta Toyota Rush yang terbakar itu berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan manakala penunggang motosikal lelaki 23 tahun itu mengalami cedera ringan.



Beliau dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu tentang kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta itu di Eng Neo Avenue menuju ke arah Dunearn Road, sekitar 6:20 petang.



SCDF berjaya memadamkan api dengan menggunakan jet air dan buih udara termampat.



Memandangkan imej rempuhan itu tular di media sosial, pengguna Facebook Derrick Tan mengenal pasti dirinya sebagai pemilik kereta itu.



Menurutnya, ibu bapanya berada di dalam kenderaan itu apabila kemalangan berlaku, lapor The Straits Times.



Menurut laporan polis yang dibuat bapa Encik Derrick Tan, motosikal itu sedang bergerak dari arah bertentangan apabila ia tergelincir dan melanggar pemisah jalan raya, menyebabkan motosikal dan penunggangnya tercampak ke laluan yang sama seperti kereta itu.



Encik Tan Cheng Whatt, 72 tahun, yang sedang memandu kereta itu, menekan brek apabila ternampak motosikal itu tergelincir.



Sedang motosikal itu tergelincir, ia terbakar, melanggar kereta yang tidak bergerak itu dan termasuk di bawah kereta itu, menyebabkan api terus merebak ke kenderaan itu, menurut laporan tersebut.



Encik Tan dengan serta-merta keluar daripada kereta itu dan menarik isterinya, 68 tahun, yang perlu menggunakan kerusi roda keluar daripada kenderaan itu.



Encik Derrick Tan berkata ibu bapanya terutama ibunya, masih lagi terkejut ekoran kemalangan ngeri itu.



“Ibu saya menangis. Beliau nampak kereta itu terbakar dan amat bersyukur bapa saya cepat kerana jika tidak, beliau pasti akan mengalami kelecuran,” kata Encik Derrick Tan, 38 tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >