Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas berusia 102 tahun meninggal dunia; 3,577 kes baru Covid-19

Oct 06, 2021 | 11:37 PM



SEORANG warga emas berusia 102 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini (6 Okt).



Beliau belum divaksinasi.



Lagi dua warga emas lain yang belum divaksinasi juga meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah angka korban di sini sebanyak 133 orang.



Ketiga-tiga mereka merupakan wanita yang mempunyai masalah kesihatan lain, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



MOH turut berkata terdapat 3,577 kes baru jangkitan Covid-19 hari ini, dengan 2,932 kes jangkitan dalam masyarakat.



1,520 kes kini dirawat di hospital dengan 255 daripada mereka memerlukan oksigen tambahan dan 37 dirawat dalam unit jagaan rapi (ICU).



630 kes baru dikesan dalam dormitori pekerja migran dan 15 kes import dilaporkan hari ini.



Sementara itu, dalam tempoh 28 hari lalu, 98.3 peratus daripada 43,610 individu yang dijangkiti Covid-19 di sini tidak mempunyai simptom atau hanya menunjukkan simptom ringan, tambah MOH.



1.4 peratus daripada jumlah tersebut memerlukan tambahan oksigen sementara 0.1 peratus memerlukan jagaan di ICU.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >