Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas boleh manfaat subsidi ganti alat bantuan, perubatan

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



WARGA emas berpeluang memanfaatkan subsidi dalam membiayai kos menggantikan peralatan bantuan dan perubatan seperti kerusi roda bermotor dan alat bantuan oksigen berdasarkan keperluan mereka mulai 14 Februari ini.



Skim Dana Pergerakan dan Keupayaan Warga Senja (SMF) yang dipertingkat itu turut merangkumi kos mengubahsuai peralatan serta kategori peralatan bantuan yang sebelum ini tidak tersenarai di bawah SMF, termasuk alat bantuan pernafasan dan prostesis.



Di bawah skim SMF sedia ada, warga emas hanya boleh beli satu peralatan bantuan dari setiap 11 kategori yang disenaraikan pada harga subsidi.



Individu kurang upaya yang menerima subsidi di bawah Dana Teknologi Bantuan (ATF) untuk membiayai sebahagian kos peralatan bantuan sebelum usia 60 tahun boleh terus kekal di bawah skim tersebut seumur hidup. Ini kerana skim ATF yang dipertingkat merangkumi peralatan perubatan, seperti penumpu oksigen, yang sebelum ini hanya tersenarai di bawah SMF.



Skim ATF sedia ada hanya merangkumi peralatan bantuan seperti kerusi roda dan prostesis, dan individu yang memerlukan peralatan perubatan perlu buat permohonan bagi skim SMF apabila mencecah 60 tahun.



Perubahan kepada dua skim itu diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad selepas kunjungannya ke TOUCHpoint@AMK433 di Ang Mo Kio semalam.



"Kami akan selaraskan bantuan di bawah SMF dan ATF supaya ia lebih mudah diperolehi dan boleh dimanfaatkan individu kurang upaya dan warga emas yang hadapi masalah pergerakan. Apa yang lebih penting adalah apabila peralatan tersebut tidak dapat digunakan lagi, mereka boleh mendapatkan bantuan untuk menggantikannya berbanding sebelum ini," katanya semasa bertemu media semalam.



Lebih 38,000 warga emas dan 2,200 individu kurang upaya dijangka meraih manfaat dari semakan kededua skim ini, menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam.



Di bawah skim SMF dan ATF yang disemak, individu dengan pendapatan per kapita $1,200 ke bawah boleh menerima subsidi 90 peratus untuk membiayai kos peralatan yang diperlukan, manakala individu dengan pendapatan per kapita antara $1,201 hingga $2,000 boleh menerima subsidi sebanyak 75 peratus.



Semakan pada skim SMF merupakan berita yang menggembirakan bagi pasangan Encik Mohamed Yassin Mohamed Jedi dan Cik Siti Ramlah Makmuk yang kini menerima subsidi di bawah skim tersebut bagi membiayai kos kerusi roda bermotor.



Sejak diserang strok dua tahun lalu, Encik Mohamed Yassin, 65 tahun, tidak boleh bergerak sendiri dan memerlukan bantuan kerusi roda motor.



Menurut Cik Ramlah, 57 tahun, subsidi yang diterima meringankan keadaan kewangan keluarganya, yang kini hanya bergantung kepada pendapatan anaknya yang bekerja sebagai pegawai keselamatan.



"Memang bantuan (SMF) ini banyak bantu kami sekeluarga.



"Sekarang, sekurang-kurangnya kita masih boleh dapat subsidi jika kerusi roda ini rosak pada masa akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >