Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas Bukit Batok bentuk kumpulan peronda tangani kecemasan

May 09, 2015 | 04:20 PM



PENDUDUK di kawasan Hoover Park di Bukit Timah akan lebih bersedia untuk menangani situasi kecemasan selepas pelancaran Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat (Cert) Kanan di kawasan itu.


Seramai 17 ahli kumpulan senaman Qigong, yang terdiri daripada warga emas, akan terlibat dalam rondaan secara aktif untuk memberikan bantuan kepada penduduk Hoover Park dalam situasi krisis dan kecemasan.


Daya usaha Jawatankuasa Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat (C2E) Bukit Batok East itu dilancarkan oleh Speaker Parlimen, Cik Halimah Yaacob di Hoover Park semalam.


Dalam ucapannya kepada penduduk yang hadir di upacara itu, Cik Halimah berharap penduduk di kawasan itu dapat memberikan sokongan kepada kumpulan ini dan meningkatkan lagi kesedaran tentang keselamatan di daerah itu


"Saya berharap anda dengan adanya kumpulan ini pengetahuan tentang keselamatan dapat ditingkatkan kerana situasi kecemasan boleh terjadi di rumah dan mengetahui sedikit tentang pertolongan cemas (first aid) adalah penting," katanya.


Warga emas ini telah menjalani kursus keselamatan seperti Standard First Aid Awareness, mempelajari bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan menggunakan Defibrilator Luaran Automatik (AED) yang dianjurkan oleh C2E.


Untuk menyumbang balik kepada masyarakat, mereka juga akan pergi rumah ke rumah untuk membantu menyebarkan maklumat penting berkaitan dengan keselamatan seperti pertolongan cemas (first aid) dan pencegahan jenayah di kawasan itu.


Pengurus C2E, Encik Lee Chuen Fei, 61 tahun, berharap usaha ini dapat memanfaatkan penduduk dengan meningkatkan lagi usaha pengawasan di kawasan itu.


"Dulu kami membuat rondaan sebulan sekali tetapi kali ini, kami akan buat rondaan seminggu sekali jadi pengawasan di kawasan ini dapat membantu penduduk-penduduk di sini," katanya dimana kawasan Hoover Park itu mempunyai lebih dari 700 rumah estet swasta.


Salah satu ahli tertua kumpulan itu, Encik Tien Swit, 88 tahun berkata inisiatif ini bagus untuk kawasan kejiranan beliau.


"Saya rasa daya usaha ini bagus untuk kawasan kejiranan saya malah saya juga dapat bersenam sambil-sambil membuat rondaan," katanya yang membuat senaman qigong setiap malam dari hari Isnin ke Jumaat di taman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >