Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas cedera selepas jatuh di eskalator pusat beli belah

Dec 24, 2019 | 02:45 PM



TIGA warga emas jatuh semasa menaiki eskalator di pusat beli belah Northpoint City Ahad lalu (22 Disember). 



Insiden tersebut menggesa beberapa orang awam di sekeliling untuk mematikan eskalator tersebut secara manual, menurut jurucakap pusat beli belah itu semalam. 



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata empat orang dihantar ke hospital Khoo Teck Puat, dua daripada mereka mengalami kecederaan di kepala.  



Difahamkan mereka mengalami kecederaan ringan. 



Menurut jurucakap Northpoint City, insiden tersebut berlaku sekitar 5.30 petang apabila tiga warga emas berusia antara 60an hingga 70an tahun jatuh dan mengalami kecederaan semasa menaiki eskalator yang sedang bergerak ke atas.



Katanya: “Pekerja keselamatan dan kakitangan perkhidmatan di tempat kejadian membantu warga emas itu dan melakukan rawatan bantuan kecemasan terhadap kecederaan yang mereka alami.



“Kakitangan telah mengaturkan supaya kumpulan warga emas itu menerima rawatan perubatan selanjutnya, dan mereka telah dibawa ke hospital sejurus selepas itu.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >