Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas dapat balik $1.37j saman dua anak

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita buta, 84 tahun, berjaya menyaman dua anaknya untuk mendapatkan balik hampir $1.37 juta daripada penyewaan dan penjualan rumah kedai arwah suaminya.



Pada 31 Oktober, Mahkamah Tinggi menolak dakwaan anak perempuannya S. Geetha Subramaniam dan anak lelaki tunggal S. Mogan bahawa ibu mereka telah menghadiahkan mereka $1.36 juta daripada hasil itu.



Tingkah laku adik-beradik itu ditegur mahkamah kerana mereka mendapatkan tanda tangan ibu mereka untuk dokumen tersebut yang tidak diketahui orang lain kecuali kawan anak lelakinya yang mengendalikan penjualan harta itu.



Kedua adik-beradik itu adalah pentadbir harta pusaka bapa mereka dan berkata mereka membayar baki jumlah yang terhutang - kira-kira $6,400 - secara tunai kepada ibu mereka Thamby Kannu Parvathi tetapi tidak dapat mengingati butiran pembayaran.



Hakim Kanan Lai Siu Chiu berkata pasangan itu mengambil kesempatan terhadap ibu mereka yang buta dan lanjut usia.



Dokumen hadiah itu tidak sah kerana ibu mereka tidak sedar dia telah memberi separuh daripada rumah kedai Little India ketika dia menandatangani dokumen itu, jelas mahkamah.



Rumah kedai itu, terletak di Dunlop Road, adalah antara beberapa harta yang ditinggalkan suami Cik Thamby, Subramaniam Govindasamy, apabila dia meninggal dunia pada 2013.



Memandangkan rumah kedai Little India itu tidak dilindungi wasiat Encik Subramaniam, yang telah disediakan oleh Cik Geetha, jandanya berhak mendapat separuh bahagian menurut Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat.



Pada 2016, hartanah itu telah dijual pada harga $2.6 juta, dengan penjualan itu selesai pada 7 April 2017 dan hasilnya dibahagikan kepada anak-anak dan ibu mereka.



Beberapa hari kemudian, Cik Thamby menandatangani dokumen hadiah - disediakan oleh Cik Geetha - yang menyatakan bahawa $1.36 juta bahagian hasil jualannya akan diberikan kepada Cik Geetha dan Encik Mogan.



Cik Thamby memberi keterangan bahawa pada 2017 dia meminta Cik Geetha untuk bahagian hasil jualannya, dan sekali lagi pada 2018 atau 2019.



Apabila dia diberitahu oleh Cik Geetha bahawa dia tidak mempunyai bahagian dalam hasil jualan, dia meminta tolong dari anak sulungnya sekitar 2019 yang memberitahu ibunya bahawa dia sepatutnya menerima separuh daripada hasil jualan, dan membawanya berjumpa dengan seorang peguam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >