Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas di Darul Syifaa akan divaksin Feb-Mac

Kesemua kakitangan sudah pun terima pemvaksinan hujung Januari lalu
Feb 12, 2021 | 05:30 AM



RUMAH Rawatan Jamiyah (Darul Syifaa) kini sibuk membuat persiapan bagi penghuni warga emasnya menerima vaksinasi Covid-19.



Kumpulan pertama warga emas di sana dijangka divaksinasi antara bulan ini dengan Mac depan, tertakluk pada jadual vaksinasi bagi rumah rawatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH).



Sementara itu, kesemua kakitangan Darul Syifaa sudah menerima pemvaksinan pada hujung Januari lalu.



Demikian dikongsi Ketua Darul Syifaa, Cik Ling Bee Sian, dengan Berita Harian menerusi satu wawancara e-mel.



Pada masa ini, rumah rawatan tersebut menjaga 117 penghuni yang berusia antara 35 tahun dengan 101 tahun.



"Kami telah memulakan pemvaksinan di sini pada 21 dan 26 Januari 2021.



"Kumpulan pertama 49 kakitangan telah menerima vaksin pada 21 Januari dan lagi 62 kakitangan menerimanya pada 26 Januari.



"Tiada sebarang kejadian buruk yang tidak diingini berkaitan vaksinasi dilaporkan sejauh ini," kata Cik Ling.



Beliau menambah, setelah kesemua kakitangan menerima vaksinasi, Darul Syifaa akan terus mendekati penghuni rumah rawatan tersebut serta anggota keluarga terdekat mereka bagi mendapatkan persetujuan pemvaksinan.



"Kami amat menggalakkan keluarga (penghuni) memilih vaksinasi orang tersayang mereka dengan menyediakan maklumat berkaitan vaksinasi dan cuba menjawab kerisauan mereka bagi membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat," ujarnya.



Cik Ling menambah bahawa dengan vaksinasi tersebut, penjagaan Darul Syifaa kepada warga emas mereka dapat dipertingkat, apatah lagi kerana warga senja merupakan golongan yang mudah terjejas daripada jangkitan dan paling terdedah kepada penyakit serta komplikasi apabila mereka jatuh sakit.



Warga emas berusia 70 tahun ke atas di Singapura telah mula diberi vaksinasi Covid-19 sejak 27 Januari lalu, dengan lebih ramai lagi dijangka mendapatkan vaksinasi mereka dalam bulan-bulan mendatang.



Namun, terdapat segolongan warga senja di sini yang masih agak takut-takut atau kurang yakin dengan kepentingan mendapatkan vaksin bagi menentang koronavirus tersebut.



Oleh itu, pertubuhan seperti SATA CommHealth telah melakukan pelbagai usaha mendekati warga emas bagi mendidik dan memberitahu mereka tentang vaksinasi itu.



Antara daya usaha yang dilakukan bagi membantu menghapuskan salah faham atau menjawab 'soalan hangat' berkaitan vaksin, SATA telah memanfaatkan platform media sosialnya.



"Kebelakangan ini, lebih ramai warga emas menggunakan Facebook dan kami mahu pastikan mereka serta penjaga mereka misalnya, anak-anak mereka, berasa lebih yakin bagi membuat keputusan mengenai pengambilan vaksin," kata seorang jurucakap SATA.



SATA turut bekerjasama dengan MOH dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bagi melihat bagaimana SATA dapat melibatkan doktor dan jururawatnya membantu memberi vaksinasi kepada warga senja di pusat kegiatan warga emas.



Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Pesakit Warga Emas di Pusat Perubatan Woodlands SATA CommHealth, Cik Norliaa Yang Razali, berkata majoriti warga emas yang telah didekatinya berminat mendapatkan vaksinasi, meskipun ada segelintir yang menghidap penyakit kronik yang bimbang divaksinasi, katanya.



Beliau, yang juga merupakan warga emas sudah pun diberi vaksinasi Covid-19 itu.



"Sebenarnya vaksinasinya tak sakit langsung. Saya pun tak ada sebarang kesan sampingan setelah mendapatkannya," kata wanita 63 tahun itu yang sudah bekerja dengan SATA selama hampir 19 tahun.




GALAKAN KEPADA WARGA EMAS

"Kami amat menggalakkan keluarga (penghuni) memilih vaksinasi orang tersayang mereka dengan menyediakan maklumat berkaitan vaksinasi dan cuba menjawab kerisauan mereka bagi membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat."

- Cik Ling Bee Sian, Ketua Darul Syifaa.



MAJORITI WARGA EMAS BERMINAT

"Sebenarnya vaksinasinya tak sakit langsung. Saya pun tak ada sebarang kesan sampingan setelah mendapatkannya."

- Cik Norliaa Yang Razali, Pegawai Perkhidmatan Pesakit Warga Emas di Pusat Perubatan Woodlands SATA CommHealth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >