Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas di perpustakaan dibantu khidmat digital

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



WARGA emas boleh menjangkakan lebih pelbagai khidmat baru di perpustakaan awam di masa depan, yang antara lain bertujuan membolehkan mereka menggunakan khidmat digital pemerintah, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.



Selain projek rintis yang membenarkan warga emas menggunakan khidmat pemerintah di Perpustakaan Awam Geylang East, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) juga bakal melancarkan program khas untuk membimbing warga emas menggunakan sumber digital di perpustakaan pada Februari tahun depan.



Semua 25 perpustakaan awam di Singapura juga mempunyai duta digital untuk membantu warga emas menggunakan khidmat digital, seperti aplikasi (app) WhatsApp dan SingPass.



Namun Perpustakaan Awam Geylang East satu-satunya yang memberikan bimbingan kepada warga emas yang ingin menggunakan khidmat pemerintah.



Bercakap dengan media semasa melawat perpustakaan itu semalam, Encik Iswaran berkata pemerintah telah mencapai kemajuan baik dalam usaha memperluas dan mendalami pendekatan dalam masyarakat, terutama sekali di kalangan warga emas.



Menyepadukan usaha berbilang agensi akan terus memberi rangsangan kepada khidmat digital dan membolehkan lebih banyak lapisan masyarakat didekati, kata beliau.



"Sekitar 50,000 warga emas telah didekati menerusi program Seniors Go Digital dan sasarannya adalah untuk mendekati 100,000 warga emas pada Mac tahun depan," kata Encik Iswaran.



"Rasanya kita berada dalam laluan bagi untuk mencapai matlamat itu tapi yang penting adalah untuk meneruskan usaha dan berbuat demikian secara konsisten."



Cawangan Pejabat Digital SG (SDO) kini disediakan di Perpustakaan Awam Geylang East dan bertujuan membantu warga emas menggunakan sekitar 200 khidmat digital pemerintah termasuk menamakan calon bagi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan permohonan Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas).



Mereka juga boleh membuat janji temu dengan pegawai agensi pemerintah tertentu menggunakan khidmat sidang video jika mempunyai pertanyaan lanjut.



Sekitar 1,200 urus niaga dalam talian telah dilakukan menerusi pejabat di perpustakaan itu sejak ia dimulakan bulan lalu, menurut satu kenyataan bersama oleh NLB, SDO, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



SDO ditubuhkan Jun lalu untuk mempercepat usaha pendigitalan Singapura.



Buat masa ini, ia telah mengerahkan 1,000 Duta Digital dan menubuhkan 55 hab masyarakat Digital SG, termasuk 30 di kelab masyarakat dan 25 di perpustakaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >