Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas diberi vaksinasi lebih awal, mulai hujung Jan: Lawrence Wong

Jan 13, 2021 | 06:53 PM



WARGA emas akan mula menerima vaksinasi Covid-19 mereka lebih awal daripada yang dijangka mulai hujung bulan ini (Januari), sedang pemerintah mempercepatkan proses suntikan vaksinnya, jelas Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong.



Encik Wong yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian pada Rabu (13 Januari), berkata warga emas akan dibantu membuat tempahan bagi vaksin itu.



Pemerintah sebelum ini mengumumkan warga emas berusia 70 tahun ke atas akan mula mendapatkan suntikan vaksin mulai Februari.



"Menjelang hujung bulan ini, kami akan memulakan program bagi warga emas, di mana kami akan mengundang mereka untuk ke poliklinik berdekatan, Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) atau pusat vaksinasi melalui sistem tempahan," kata Encik Wong selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di Hospital Kwong Wai Shiu.



Sistem tempahan diperlukan bagi mengelakkan terbuangnya vaksin, di mana kelengkapan suntikan disediakan tetapi tiada yang menerimanya.



Encik Wong menambah surat akan dikirimkan bagi memberitahu warga emas bila tempahan dapat dibuat bagi vaksinasi mereka.



Sukarelawan akan dilatih bagi membantu warga emas ini membuat tempahan dalam talian sementara maklumat dalam bahasa berbeza akan diedarkan ke estet HDB.



Kata Encik Wong:



"Proses ini agak makan masa. Justeru, kita akan pertingkatkan usaha mendekati masyarakat khususnya warga emas di merata estet HDB dan memberitahu mereka apakah pengertian program ini, memberi mereka lebih banyak maklumat dalam bahasa berbeza, dan bagaimana membantu mereka dengan tempahan sebab tidak semua orang mudah menggunakan sistem IT."



Selepas vaksinasi buat warga emas, vaksin akan secara beransur-ansur tersedia buat lapisan masyarakat lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >