Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Warga emas digalak ambil dos penggalak kedua sebelum Raya: Dr Maliki

Apr 10, 2022 | 03:20 PM

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman berharap lebih ramai warga senja akan mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan suntikan dos vaksinasi penggalak kedua sebelum Hari Raya. 

Ini demi melindungi diri mereka dengan lebih baik semasa musim perayaan.

Dalam catatan posnya di Facebook, Dr Maliki menukil contoh Hj Yahya Hj Ismail, 83 tahun, yang ditemuinya di Kelab Masyarakat Bedok semalam (9 April) semasa mendapatkan suntikan dos vaksinasi penggalak keduanya. 

“Tidak perlu dikatakan, saya amat terharu dengan perkongsian Hj Yahya yang mengambil langkah proaktif untuk melindungi dirinya. Saya harap lebih ramai lagi warga senja kita akan mengambil langkah yang sama segera,” kata Dr Maliki. 

Awal minggu ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa mulai 8 April, warga emas berumur 80 tahun ke atas yang layak boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik atau klinik untuk mendapatkan dos penggalak Covid-19 kedua, tanpa perlu membuat temujanji.

“Saya sangat menggalakkan mereka yang layak mengambil penggalak kedua untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan dan kesan Covid-19. 

“Saya berdoa agar semua umat Islam terus diberkati dan dirahmati dalam mereka menjalankan ibadah mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan selamat,” ujar Dr Maliki. 





 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3