Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas digalak dapatkan vaksinasi: Masagos

Jun 26, 2021 | 07:44 PM



WARGA emas yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 digalakkan membuat temu janji atau pergi ke sebarang pusat vaksinasi serata negara untuk mendapatkan dos vaksin.

Menulis di Facebook, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan warga akan dapat membantu Singapura dibuka semula dengan selamat.

Beliau menyatakan pada masa ini, 75 peratus warga emas berusia 60 tahun dan ke atas telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi atau telah membuat janji temu.

Namun angka itu tidak mencukupi dan beliau berharap lebih ramai warga emas akan tampil mendapatkan vaksinasi dan melindungi diri mereka.

“Kami telah menjadikannya lebih mudah bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas untuk mendapat vaksin.

“Anda tidak perlu membuat janji temu dan boleh pergi ke sebarang pusat vaksinasi dengan kad pengenalan anda, dan boleh dapatkan suntikan dos di situ,” tulisnya di Facebook pada Jumaat (25 Jun).

Beliau menyatakan sehingga 23 Jun, lebih 30,000 warga emas telah berbuat demikian.

“Oleh itu, jika ada rakan, keluarga dan orang yang anda sayangi belum mendapat suntikan vaksin, tolong galakkan mereka melakukannya sekarang sekiranya mereka layak dari segi perubatan agar semua orang selamat.

“Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan kita akan dapat membantu Singapura dibuka semula dengan selamat.

“Oleh itu, lakukan peranan anda dengan membuat janji temu melalui vaksin.gov.sg atau datang ke salah satu pusat vaksinasi yang ada sekarang,” ujarnya.

Singapura telah menetapkan sasaran baru bagi program vaksinasi nasional – dua pertiga rakyat negara ini diberi vaksin sepenuhnya menjelang Hari Kebangsaan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >