Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas digesa ambil langkah keselamatan tambahan, kurang keluar rumah kerana bukan masa sambung aktiviti sosial

Oct 02, 2021 | 10:58 PM



WARGA emas digesa agar kurang keluar rumah dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam tempoh sekarang ini sedang jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura kian meningkat.



"Ia adalah bagi tempoh sementara tetapi berapa banyak minggu, bulan lagi segalanya akan berterusan, kita tidak tahu. Namun kini bukanlah masanya," jelas Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Sabtu (2 Oktober) sewaktu sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian tentang Covid-19 dijalankan.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tentang sama ada wujud garis waktu bagi warga emas kembali menjalankan kegiatan sosial mereka.



"Kami memerlukan pemahaman anda. Mari kita tahan situasinya sedikit lagi dan bekerjasama. Kita perlu mengharungi gelombang ini dahulu dan kita akan bangkit akhirnya dengan kebebasan baru dan rasa optimistik serta daya saing menangani virus ini," jelas Encik Ong.



Beliau menggariskan cara bagaimana warga emas menjadi tumpuan utama Singapura dalam menangani pandemik ini seperti bagaimana mereka diberi keutamaan apabila vaksinasi diperkenalkan bagi penduduk Singapura dan yang terkini dalam memberikan suntikan penggalak.



Sedang kadar vaksinasi Singapura bertambah hampir 85 peratus dan sedang negara ini secara progresif membuka ekonominya semula, kesedaran utamanya adalah warga emas yang belum divaksin berada pada tahap risiko terbesar dijangkiti dan jatuh sakit lebih serius lagi, kata Encik Ong.



"Justeru, kita terus memberikan mereka vaksin, seberapa ramai yang boleh, serta dalam tempoh ini, tatkala angka jangkitan Covid-19 masih memuncak, kita menasihati warga emas kita agar kurang keluar rumah, berjaga-jaga dan mengambil langkah tambahan," jelasnya.



Menteri Kewangan, Lawrence Wong, yang menjadi pengerusi bersama pasukan bertindak ini, menekankan langkah yang ada kini berkait dengan fasa kemantapan yang bertujuan menyelongkar isu lebih mendesak bagi melindungi sistem jagaan kesihatan Singapura serta menghurai isu berkenaan protokol jagaan kesihatan.



Sejurus Singapura bersedia, ia akan mara dan sesiapa di Singapura, baik yang muda atau berusia, boleh meneruskan kegiatan sosial mereka, jelasnya.



Namun, Encik Wong juga mengingatkan agar perlindungan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil, melihat pada keadaan warga emas yang lebih terdedah pada virus dan kemungkinan besar jatuh sakit teruk berbanding individu lebih muda seandainya dijangkiti.



"Ini tidak bermakna mereka harus menyekat segalanya, pastinya, kerana jika mereka berbuat demikian, mereka juga tidak dapat menikmati kehidupan bermutu.



"Justeru, kita perlu mencari keseimbangan yang betul, sepertimana yang saya katakan, dan seterusnya setelah kita keluar daripada fasa kemantapan, kebanyakan daripada kita boleh menanti kegiatan disambung semula," ujar Encik Wong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >