Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Warga emas dinasihat jangan kerap keluar rumah, elak tempat sesak

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas dinasihatkan agar jangan kerap keluar rumah dan elak daripada pergi ke tempat yang sesak.



Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) juga menggesa warga emas yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin untuk berbuat demikian secepat mungkin kerana risiko seseorang yang tidak divaksinasi jatuh sakit adalah enam kali ganda lebih tinggi.



Bagi mereka yang sudah divaksinasi, mereka digesa untuk mengambil suntikan penggalak.



Duta Generasi Warga Emas di bawah jangkauan agensi, Pejabat Generasi Warga Emas (SGO), akan membantu warga emas membuat tempahan dalam talian untuk janji temu.



Warga emas juga boleh ke pusat vaksinasi, poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian dalam usaha ini untuk menerima vaksinasi tanpa janji temu.



Bagi warga tua dengan kesukaran bergerak, SGO akan menyediakan seorang kakitangan untuk menemani mereka ke pusat vaksinasi.



Untuk warga emas yang mahu mendapatkan vaksinasi di rumah, AIC akan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk mengatur agar warga emas yang layak itu boleh mendapat vaksinasi di rumah.



AIC juga mendorong warga emas untuk menjaga kesihatan diri dengan memakai pelitup dengan betul dan tidak menanggalkannya semasa berbual.



Ia menambah bahawa pelitup harus diganti atau dicuci secara kerap. Di samping itu, warga emas harus mencuci tangan dengan kerap dan mengelakkan menyentuh muka mereka.



Warga emas yang memerlukan bantuan di rumah atau sokongan untuk mendapatkan vaksin boleh menghubungi talian hotline AIC di 1800-650-6060.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >