Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Setempat

Warga emas dinasihatkan agar duduk di rumah sebanyak mungkin, walaupun banyak kegiatan disambung semula: MOH

May 22, 2020 | 09:04 PM

DENGAN tempoh pemutus litar bakal berakhir, lebih banyak kemudahan dan kegiatan untuk warga emas akan disambung semula pada 2 Jun untuk memenuhi kesejahteraan psikososial mereka.

Namun, oleh kerana warga emas mudah terdedah dengan virus Covid-19, kebanyakan langkah berjaga-jaga yang dikenakan ke atas mereka masih akan tetap dilaksanakan di tahap awal pelonggaran tempoh pemutus litar, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada hari Jumaat (22 Mei).

Sebagai contoh, kegiatan kumpulan minat dan lawatan ke rumah jagaan kediaman akan tetap ditangguhkan.

“Dalam fasa pertama, dengan lebih banyaknya aktiviti dan interaksi, kemungkinan akan ada risiko penularan masyarakat yang lebih tinggi.

“Oleh itu warga emas harus terus duduk di rumah sebanyak mungkin.

“Kami akan meneruskan kebanyakan langkah keselamatan pemutus litar untuk warga tua di fasa pertama untuk memastikan mereka tetap selamat,” kata MOH dalam kenyataannya.