Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Warga emas, golongan miskin berasa kurang senang tentang pembukaan semula Covid-19 Singapura: Kajian IPS

Dec 02, 2021 | 06:37 PM

Golongan miskin dan warga emas di Singapura berkemungkinan besar berasa tidak senang dengan keputusan negara ini untuk hidup dengan Covid-19, demikian dapatan satu penyelidikan baru oleh Institut Kajian Dasar (IPS).
Namun sokongan terhadap vaksinasi kekal tinggi, dengan tujuh daripada 10 orang bersetuju vaksin harus diwajibkan buat semua rakyat dan penduduk jangka panjang.
Dan walaupun tahap kepuasan orang ramai terhadap pengendalian pemerintah terhadap wabak itu berubah-ubah secara meluas sepanjang tempoh kajian selama empat bulan, mereka tetap secara konsisten yakin bahawa Singapura akan memenangi perjuangan menentang Covid-19.


Ini antara dapatan utama daripada satu kertas kerja mengenai sikap orang ramai terhadap pendekatan hidup dengan Covid-19, yang dikeluarkan pada Khamis (2 Dis).
“Mereka yang lebih muda dan lebih berada secara konsisten diperhatikan lebih bersedia untuk hidup endemik, berbanding mereka yang lebih tua dan kurang berada,” kata Felo Penyelidik Utama IPS, Dr Mathew Mathews, yang mengetuai kajian itu.
“Memang sudah dijangka... kerana kita tahu daripada sains bahawa mereka yang lebih tua mungkin terjejas dengan lebih teruk, jadi jelas kesediaan mereka untuk hidup endemik adalah kurang.”
Baca laporan penuh di Berita Harian esok (Jumaat).
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3